Search This Blog

04 January 2011




إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ذَلِكَ الْفَوْزُ الْكَبِيرُ
 Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; yang demikian itu ialah kemenangan yang besar.
 Surah Al-Buruuj, Ayat 11


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاعِمَةٌ
 (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
 Surah Al-Ghaasyiyah, Ayat 8


أَفَلَا يَنظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ
 (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
 Surah Al-Ghaasyiyah, Ayat 17


وَإِلَى السَّمَاء كَيْفَ رُفِعَتْ
 Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
 Surah Al-Ghaasyiyah, Ayat 18


وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ
 Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
 Surah Al-Ghaasyiyah, Ayat 19


وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ
 Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
 Surah Al-Ghaasyiyah, Ayat 20


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ
 (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka)
 Surah Al-Fajr, Ayat 6


كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
 Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya);
 Surah Al-Fajr, Ayat 17


وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى
 Serta diperlihatkan neraka Jahannam pada hari itu, (maka) pada saat itu manusia akan ingat (hendak berlaku baik), dan bagaimana ingatan itu akan berguna lagi kepadanya?
 Surah Al-Fajr, Ayat 23


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
 (Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
 Surah Al-Fajr, Ayat 27
103

No comments:

Post a Comment