Search This Blog
23 January 2010
AZ ZALZALAH ( KEGONCANGAN) Surah ke 99 ; 8 ayat. Madaniyyah
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat.
2. dan bumi telah mengeluarklan beban-beban berat(yang dikandung)nya,
3. dan manusia bertanya, " Apa yang terjadi pada bumi ini?"
4. Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya,
5. kerana Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya.
6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya.
7. Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasannya)nya,
8. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Labels:
balasan,
bumi diguncang,
manusia keluar dari kubur
AL 'ADIYAT ( KUDA PERANG YANG BERLARI KENCANG) Surah ke 100 : 11 ayat . Makkiyah
Dengan nama Allah Yang Maha pengasih, Maha Penyayang.
1. Demi kuda perang yang berlari kencang terengah-engah,
2. dan kuda yang memercikkan bunga api (dengan pukulan kuku kakinya),
3. dan kuda yang menyerang (dengan tiba-tiba) pada waktu pagi,
4. sehingga menerbangkan debu,
5. lalu menyerbu ketengah-tengah kumpulan musuh,
6. sungguh, manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya,
7. dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya,
8. dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.
9. Maka tidaklah dia mengetahui apabila apa yang didalam kubur dikeluarkan,
10. dan apa yang tersimpan didalam dada dilahirkan?
11. sungguh,Tuhan mereka pada hari itu Mahateliti terhadap keadaan mereka.

Subscribe to:
Posts (Atom)