قَالَ فَمَا بَالُ الْقُرُونِ الْأُولَى | |
41. | Firaun bertanya lagi: "Jika demikian, bagaimana pula keadaan kaum-kaum yang telah lalu?" |
(Taha : 51) | |
وَأَضَلَّ فِرْعَوْنُ قَوْمَهُ وَمَا هَدَى | |
47. | Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar. |
(Taha : 79) | |
قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ | |
49. | "Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?" |
(Asy-Syu'araa' : 11) | |
قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ الْعَالَمِينَ | |
52. | Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?" |
(Asy-Syu'araa' : 23) | |
قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُ أَلَا تَسْتَمِعُونَ | |
53. | Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?" |
(Asy-Syu'araa' : 25) | |
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ | |
54. | Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?" |
(Asy-Syu'araa' : 27) | |
قَالَ فَأْتِ بِهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ | |
56. | Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar". |
(Asy-Syu'araa' : 31) | |