Search This Blog

27 April 2011

Orang sombong masuk neraka

Abu Daud, Ibnu Majah, dan Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasullah SAW bersabda:
"Allah Azza Wa Jalla berfirman: Kesombongan itu adalah pakaianKu, dan kebesaran itu adalah selendangKu. . Barangsiapa yang menyaingi Aku pada salah satu daripada keduanya, nescaya Aku lemparkan dia ke dalam neraka".

Sabar dalam menempuh ujian

Sesungguhnya, apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan pahala mereka tanpa hisab (az-Zumar: 10).

Kami akan uji kamu

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,."(Al Baqarah 155).

Syurga untuk orang yang solat malam

Bahawasanya Allah Taala Bermegah
Dengan hamba-hambanya
Yang bangun di tengah malam
Kerana beribadat

Berfirman Allah di hadapan malaikat
"Lihatlah hamba-hamba ku itu,
Mereka telah bangun di tengah malam
Di waktu tiada seorang pun melihat mereka
Kecuali aku.

Wahai malaikat,
Saksikanlah bahawa aku telah sediakan untuk mereka
Syurgaku
Tempat tinggal kehormatanku."