Search This Blog

25 May 2011

Kelebihan Al-Fatihah

Berkata Ubay bin Ka’ab r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat, tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau, sementara yang satu lagi antara Aku dan engkau.
Adapun tiga yang untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalain alam), Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang), dan Maaliki Yaumiddiin (Yang Menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkaupulalah kami meminta pertolongan), daripadamulah penyembahan dan atas Aku pula pertolongan.

Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-syiraathal Mustaqiim (Tunjukilah kami jalan yang lurus), Syiraathal ladziina An’amta alaihim (Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka), Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat).” (Riwayat Thabrani)