Seringkali apabila kita membaca Quran, kita akan menjumpai diri kita seperti dalam sebuah lautan, tidak menyedari ke mana ombak itu membawa kita. Satu benda yang paling penting yang patut difahami apabila kita mendekati Quran ialah ia bukan ditulis dengan lojik akal manusia, tetapi oleh ketentuan Sang Maha Pencipta.
Maulana Maududi, suatu ketika menulis dua perenggan yang pernah saya baca ketika zaman remaja kira-kira 10 tahun dulu yang sering bermain di fikiran saya setiap kali saya membuka Al-Quran.
Si pembaca akan menemui pertukaran tema yang tiba-tiba dengan kerap. Watak penerima dan watak pemberi sentiasa bertukar apabila satu masa ditujukan kepada seseorang dan kemudiannya kepada satu kumpulan manusia. Tidak ada jalur pemisah yang jelas di antara bab dan perenggan. Sama juga, penyampaian tentang suatu perkara sangat berbeza. Jika kisah sejarah dibawa, ceritanya tidak mengikut corak yang biasa dijumpai dalam kisah sejarah. Apabila perbincangan tentang soalan falsafah atau metafizik, kita tidak akan menemui terminologi yang biasa digunakan dalam lojik dan falsafah. Tajuk tentang budaya dan politik atau soalan tentang sosial dan ekonomi manusia dibincangkan dalam corak yang sangat berbeza dari karya biasa dalam sosial sains. Konsep perundangan dan kehakiman diterangkan tetapi berbeza dari karya konvensional. Apabila kita menjumpai pengarahan tentang etika, kita menjumpai ia dalam bentuk yang tidak dapat dijumpai di mana-mana bidang etika.
Si pembaca yang beranggapan bahawa sebagaimana sepatutnya style sebuah buku disusun jika dibandingkan dengan Buku ini, akan berasa sangat confuse sehingga merasakan bahawa Quran adalah satu buku yang rojak, tidak koheren, tidak tersusun, tidak mengandungi apa-apa melainkan perlbagai komen yang dicampuradukkan dengan secara spontan. Kritik liar menggunakan hujah ini sebagai asas kritikan mereka, manakala mereka yang sering menyalah tafsirkan Quran menyimpulkan bahawa Quran adalah hasil yang tidak bersangkut paut antara satu sama lain sehingga memberikan kebebasan untuk ditafsirkan dan menyebabkan ia jauh menyimpang dari maksud asal Allah yang menurunkan kitab ini.
Kemudian Maulana Maududi menulis dalam sebuah buku kecil ini, menjawab dan menerangkan tentang kekusutan persoalan ini dengan menyatakan bahawa kriteria di atas adalah satu manifestasi kehebatan dan kecantikan Al-Quran yang menunjukkan keupayan yang jauh tiada tandingan manusia.
Introduction to the Study of the Quran
Sesiapa yang masih belum membaca cara, haruslah membacanya.
Pada kali ini, kita akan menerokai salah satu contoh Quran yang menukar subjek dengan pantas, dan menyaksikan kecantikan yang terselindung dalam rahsia ini. Mari kita lihat Surah Al-Qiyamah:
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Dan bulan hilang cahayanya,
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
Melihat kepada Tuhannya.
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
(Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
Perhatikan ayat 16-19 yang telah saya bold kan. Ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (saw). Dan bila kita melihatnya, kita dapat menyedari bahawa ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan ayat sebelum atau sesudahnya.
Walahubagaimanapun, bila kita membaca tafsir surah Al-Qiyamah, kita sedar bahawa sesuatu yang menakjubkan berlaku di sini. Allah (swt) menceritakan tentang keadaan Hari Pembalasan.
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(1-4)
Sungguh Hebat. Sungguh Dasyat! Allah memerintahkan Hari tersebut sebagai objek yang memberi persaksian. Kemudian Allah (swt) memberi hujah kepada orang Kafir, bukan sahaja Dia akan mengumpulkan tulang lalu membangkitkan mereka, malah Dia akan mencorakkan kembali hujung jari mereka, bahagian yang paling unik dalam tubuh manusia – sangat unik sehingga digunakan dalam kes-kes pembicaraan mahkamah. Allah memberi hujah kepada alam cakerawala tentang kehebatannya untuk mengumpulkan sesuatu yang mustahil untuk dikumpulkan, dan membentuknya dan perintahkannya untuk bangkit (perhatikan nama surah ini – Kebangkitan).
Dalam ketika Allah (swt) terus menceritakan tentang kisah Hari tersebut, Dia berhenti di tengah-tengah dan menukar subjek.
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
(16-19)
Kita akan bertanya, kenapa ayat kepada Rasulullah diletakkan di sini? Kenapa dalam keadaan begini? Ini kerana, terdapat suatu fakta tentang bagaimana Rasulullah (saw) pernah menerima wahyu. Mengapa ketika tengah-tengah dalam kelancaran cerita tentang orang kafir berputus harap kepada Allah (swt) pada Hari Pembalasan, Dia dengan tiba-tiba meletakkan satu arahan terus kepada Rasulullah (saw) tentang wahyu dan kemudian tiba-tiba tukar balik kepada cerita tentang Hari Pembalasan. Ini adalah contoh yang ditulis oleh Maulana Maududi menyatakan bahawa Quran adalah tidak koheren.
Untuk memahami hakikat ini, adalah sangat penting untuk mengetahui keadaan bagaimana Rasulullah ketika menerima wahyu. Beliau akan menjadi sangat bimbang dan sangat concern yang Baginda akan terlupa sau ayat, satu perkataan, satu huruf sehingga apabila Jibril (as) menyampaikan wahyu, Rasulullah dengan pantasnya akan mengulangi terus perkataan demi perkataan, untuk menghafalnya dengan cepat. Seperti contoh apabila kita sedang dalam telefon dan kita perlu menghafal satu nombor telefon yang kita perlukan, kita akan cepat-cepat mengulanginya supaya kita dapat menghafalnya. Begitu juga Rasulullah (saw), Baginda akan tergesa-gesa menghafal sejurus selepas Jibril (as) menyampaikan wahyu kepada Baginda.
Menurut tafsir, untuk comfort Rasulullah (saw) tentang hal ini, Allah (swt) berfirman kepada Baginda (saw) – Seperti mana Aku dapat mengumpulkan billion manusia, dan membentuknya sehingga hujung jari mereka demi membangkitkan mereka pada Hari Pembalasan – Aku akan menjaga Al-Quran agar ia terkumpul dan tersemat di hati mu (Rasulullah) sehingga keterangannya menjadi jelas kepadamu. Oleh itu jangan bimbang dan tidak perlu menjadi seperti begini. Akan tetapi, dengar dengan sepenuh perhatian pabila ia diturunkan padamu. Aku berkuasa ke atas mu, untuk mengumpulkan semua makhluk dan manusia, dan sesungguhnya Aku sangat mampu untuk mengumpulkan ayat Ku dalam hati mu. Jangan bimbang dan takut akan kehilangannya.
Kemudian surah ini bersambung pada tempat ia tergantung, dan habiskan cerita tentang keadaan Hari Qiyamat. Alangkah cantiknya Quran. Bagaimana Allah bersikap mendamaikan dan mententeramkan terhadap kekasihNya sehinggakan pada ketika diceritakan kedaan muka-muka yang bergembira disampaikan dengan menakutkan dan seharusnya menyebabkan orang Mu’min itu menggetar kerana ketakutan dan rendah diri.
(note penterjemah – Ayat di atas ini mungkin berbelit, tetapi diterjemah terus, dan mungkin pembaca perlu membaca maksud surah Qiyamah untuk lebih memahami huraian ayat di atas. Wallahua’lam)
Imam Busiri menyatakan dalam Burdahnya:
La haa ma’aanin ka mawj il bahri fi madadin
Wa fawqa jawharihi fil husni wa al qiyami
Padanya (Quran) adalah maksud seperti obak di lautan,
antaranya saling menolong dan membantu ombak yang seterusnya
Maksudnya adalah jauh lebih hebat daripada kecantikan dan kehebatan mutiara di lautan.
Wallahua’lam
Abdul Satar
Rujukan:
Tafhim ul Quran – Maulana Abula Ala Maududi