Search This Blog

13 March 2011

Wali Allah


Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah ‘Azza waJalla berfirman: “Sesiapa yang memusuhi seseorang wali Aku maka sesungguhnya Aku isytiharkan perang terhadapnya.Tidak ada satu perbuatan taqarrub (mendekatkan diri) kepadaKuoleh hambaKu yang lebih Aku cintai selain daripada kewajipan-kewajipan yang Aku fardhukan ke atasnya. HambaKu akan terus (beramal) menghampirkan diri kepada Aku dengan melakukanamalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainyaApabila Aku sudah mencintainya maka aku (menjadikan) pendengarannya yang dengannya dia mendengar, penglihatannya yang dengannya dia melihat, tangannya yang dengannya dia memukul dan kakinya yang dengannya dia berjalan. Jika dia memohon (sesuatu) daripada Aku nescaya aku berikannya, dan jika dia memohon perlindungan Aku (daripada sesuatu) nescaya akan aku lindunginya. Aku tidak ragu daripada sesuatu yang Aku lakukan sepertimana Aku ragu (hendak mengambil) nyawa hamba Aku yang mukmin di mana dia membenci maut sedang Aku tidak suka menyakitinya.”
hadis qudsi riwayat Al-Bukhari

Berkasih sayang kerana Allah dilindungi Allah di akhirat

"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)