Search This Blog

04 January 2011




بَلَى قَادِرِينَ عَلَى أَن نُّسَوِّيَ بَنَانَهُ
 Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
 Surah Al-Qiaamah, Ayat 4


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ
 Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
 Surah Al-Qiaamah, Ayat 22


إِنَّا هَدَيْنَاهُ السَّبِيلَ إِمَّا شَاكِراً وَإِمَّا كَفُوراً
 Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
 Surah Al-Insaan, Ayat 3


إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَن شَاء اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلاً
 Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
 Surah Al-Insaan, Ayat 29


فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ
 (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?
 Surah Al-Mursalaat, Ayat 50


ذَلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّ فَمَن شَاء اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ مَآباً
 Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!
 Surah An-Naba', Ayat 39


اذْهَبْ إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى
 (Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
 Surah An-Naazi'aat, Ayat 17


فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ إِلَى طَعَامِهِ
 (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):
 Surah 'Abasa, Ayat 24


وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُّسْفِرَةٌ
 Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
 Surah 'Abasa, Ayat 38


إِنَّ الَّذِينَ أَجْرَمُوا كَانُواْ مِنَ الَّذِينَ آمَنُوا يَضْحَكُونَ
 Sesungguhnya orang-orang yang derhaka, mereka selalu tertawakan orang-orang yang beriman.
 Surah Al-Mutaffifiin, Ayat 29
101

No comments:

Post a Comment