Search This Blog

14 January 2012

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan

 بَلْ قَالُوا مِثْلَ مَا قَالَ الْأَوَّلُونَ
  (Mereka tidak juga mahu berfikir) bahkan mereka berkata seperti yang dikatakan oleh orang-orang dahulu (yang ingkar);
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 81






سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ
  Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu ingat (dan insaf)?"
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 85






سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ
  Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 87






سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ
  Mereka akan menjawab: "(Segala-galanya) dikuasai Allah". katakanlah: "Jika demikian, bagaimana kamu tertarik hati kepada perkara yang tidak benar?"
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 89






مَا اتَّخَذَ اللَّهُ مِن وَلَدٍ وَمَا كَانَ مَعَهُ مِنْ إِلَهٍ إِذاً لَّذَهَبَ كُلُّ إِلَهٍ بِمَا خَلَقَ وَلَعَلَا بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يَصِفُونَ
  Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersamaNya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 91






قُل رَّبِّ إِمَّا تُرِيَنِّي مَا يُوعَدُونَ
  katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhanku, kiranya Engkau hendak memperlihatkan kepadaku (azab) yang dijanjikan kepada mereka (di dunia), -
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 93






ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ السَّيِّئَةَ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَصِفُونَ
  Tolaklah kejahatan yang dilakukan kepadamu dengan cara yang sebaik-baiknya, Kami Maha Mengetahui apa yang mereka katakan itu.
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 96






وَقُل رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ
  Dan katakanlah: "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 97






أَلَمْ تَكُنْ آيَاتِي تُتْلَى عَلَيْكُمْ فَكُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ
  (Sambil dikatakan kepada mereka): "Bukankah ayat-ayatKu selalu dibacakan kepada kamu, lalu kamu terus-menerus mendustakannya?"
  Surah Al-Mu'minun, Ayat 105






إِذْ تَلَقَّوْنَهُ بِأَلْسِنَتِكُمْ وَتَقُولُونَ بِأَفْوَاهِكُم مَّا لَيْسَ لَكُم بِهِ عِلْمٌ وَتَحْسَبُونَهُ هَيِّناً وَهُوَ عِندَ اللَّهِ عَظِيمٌ
  Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.
  Surah An-Nuur, Ayat 15

No comments:

Post a Comment