Hadis Zaid bin Arqam r.a katanya:
Ketika kami musafir bersama Rasulullah s.a.w tiba-tiba orang ramai ditimpa kesulitan. Lalu Abdullah bin Ubai berkata kepada pengikutnya:
لَا تُنْفِقُوا عَلَى مَنْ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ حَتَّى يَنْفَضُّوا مِنْ حَوْلِهِ
Yang bermaksud: Janganlah kamu membelanjakan harta benda kamu kepada orang-orang yang ada bersama Rasulullah s.a.w supaya mereka bersurai meninggalkannya di sekitar kawasan tersebut. Zuhair berkata:
حوله
adalah bentuk bacaan Al-Quran bagi orang yang membacanya secara baris di bawah. Abdullah bin Ubai berkata lagi:
لَئِنْ رَجَعْنَا إِلَى الْمَدِينَةِ لَيُخْرِجَنَّ الْأَعَزُّ مِنْهَا الْأَذَلَّ
Yang bermaksud: Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah dari medan perang sudah tentu pihak kita sebagai orang-orang yang mulia lagi kuat akan mengusir orang-orang yang hina lagi lemah iaitu pihak Islam keluar dari Madinah. Zaid berkata: Aku terus berjumpa Nabi s.a.w memberitahu kata-kata tersebut. Lalu Rasulullah s.a.w memanggil Abdullah bin Ubai bertanya tentang ucapannya. Tetapi Abdullah bersumpah tidak pernah berkata demikian. Malah dia menjawab bahawa: Zaid telah membohongi Rasulullah s.a.w. Zaid berkata: Aku menjadi resah mendengar jawapannya itu sehinggalah Allah menurunkan ayat menjelaskan kebenaranku
إِذَا جَاءَكَ الْمُنَافِقُونَ
Yang bermaksud: Apabila orang-orang munafik datang kepada kamu wahai Muhammad. Zaid berkata: Kemudian Nabi s.a.w memanggil Abdullah bin Ubai dan pengikutnya supaya meminta ampun. Zaid berkata: Mereka menggeleng kepala masing-masing
كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ
seolah-olah batang kayu yang tersandar. Zaid berkata: Sebenarnya rupa paras mereka amat baik

No comments:
Post a Comment