Search This Blog

31 May 2011

Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku


Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya.
2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.
3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki.
4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar.
5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau.
6. Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu bertambah pada setiap hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin berkurangan sejak engkau dilahirkan oleh ibu engkau.

30 May 2011

Beribadat kepada Allah

1. Daripada Abu Hurairah ra. dari Nabi saw, beliau bersabda :
“Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai anak Adam (manusia), luangkanlah waktu untuk ibadah kepadaKu maka Aku isi dadamu dengan kekayaan, dan Aku tutup kekafiranmu. Jika tidak demikian maka Aku isikan kesibukan di mukamu dan Aku tidak menutup kefakiranmu”. (HR At Tirmidzi)
2. Daripada Uqbah bin Amir ra., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Tuhanmu kagum terhadap penggembala kambing di hujung bukit yang di kala didengarkan adzan ia mendirikan solat”. Lalu Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman: “Lihatlah hambaKu ini, didengarkan adzan kemudian ia solat kerana takut terhadapKu, Aku telah mengampuni hambaKu dan memasukkannya ke Syurga”. (HR An Nasa’i).
3. Daripada Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya apabila Allah mencitai seorang hamba, maka dia memanggil Jibril ra., seraya berfirman: “Sesungguhnya Aku mencintai Fulan, maka cintailah dia”. Beliau bersabda: “Maka Jibril mencintainya. Kemudian Jibril memanggil (penghuni langit) di langit, lalu berkata: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah ia”. Maka penghuni langit mencintainya. Beliau bersabda: “Kemudian di bumi ia diterima”: Apabila Allah membenci hamba, maka Dia memanggil Jibril seraya berfirman: “Sesungguhnya Aku membenci Fulan, maka bencilah ia”. Lalu ia dibenci oleh Jibril. Kemudian Jibril memanggil penghuni langit: “Sesungguhnya Allah membenci Fulan, maka bencilah kamu sekalian terhadapnya”. Beliau bersabda: “Kemudian ia di bumi dibenci oleh orang-orang”. (HR Muslim)

29 May 2011

Carilah “Aku” di sana…

Nabi berkata bahwa Allah berfirman, “Aku tidak bertempat di ruang yang tinggi dan yang rendah. Aku tidak berada di bumi dan di langit. Tapi Aku berada di dalam hati hamba-Ku yang beriman. Alangkah indahnya! Jika engkau mencari Aku, carilah Aku di sana.”

28 May 2011

Berbuat kebaikan

Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu nyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (HR Muslim).

27 May 2011

Kelebihan puasa

Allah Taala berfirman: “Kecuali puasa, maka ia adalah untukKu, dan Aku sendiri yang membalasnya. Dia (orang yang berpuasa itu) telah meninggalkan makan, minum dan menahan syahwatnya kerana Aku. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhan. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)

26 May 2011

Ganjaran mengingati Allah SWT

Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala berfirman: “Ingatilah Aku dengan mentaati-Ku, nescaya Aku akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia derhaka dan maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan kebencanaan-Ku.”(Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir)

25 May 2011

Kelebihan Al-Fatihah

Berkata Ubay bin Ka’ab r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat, tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau, sementara yang satu lagi antara Aku dan engkau.
Adapun tiga yang untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalain alam), Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang), dan Maaliki Yaumiddiin (Yang Menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkaupulalah kami meminta pertolongan), daripadamulah penyembahan dan atas Aku pula pertolongan.

Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-syiraathal Mustaqiim (Tunjukilah kami jalan yang lurus), Syiraathal ladziina An’amta alaihim (Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka), Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat).” (Riwayat Thabrani)

24 May 2011

Lapangkan masa untuk beribadat

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepada-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu.” (Riwayat Tarmidzi dan Baihaqi)

23 May 2011

Kelebihan mengingati Allah selepas subuh dan asar

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Ingatlah kepada Aku sebentar selepas subuh dan sebentar selepas asar, nescaya akan aku mencukupimu (keperluanmu) antara kedua masa itu.” (Riwayat Muslim dan Abu Nu’aim)

22 May 2011

Manusia tak pernah puas

Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)

21 May 2011

Menyegerakan berbuka puasa

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sebaik-baik hamba-Ku ialah mereka yang menyegerakan berbuka puasa (setelah masuk waktunya).” (Riwayat Ahmad)

20 May 2011

Bertaqarrub kepada Allah

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika seorang hamba bertaqarrub kepada-Ku sejengkal, Aku taqarrub kepadanya sehasta. Dan jika dia bertaqarrub kepada-Ku sehasta, Aku taqarrub kepadanya sedepa. Dan jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepadanya berlari.” (Riwayat Bukhari dan Thabari)

19 May 2011

Balasan ujian Allah

Berkata Syaddad bin Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku menguji salah seorang hamba-Ku yang mu’min, lalu dia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia kan bangun dari tempat pembaringannya bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat pencatit amal: “Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini, dan Aku telah mengujinya, maka kini catitkanlah baginya apa yang selalu kamu catitkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Riwayat Ahmad)

18 May 2011

Balasan orang sabar

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescayalah di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau mendedahkan buku catitan amalnya.” (Riwayat Qudha’i)

17 May 2011

Mengingati Allah

Berkata Ibnu Abas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku mengingati-Ku sendirian, Aku pun akan mengingatinya sendirian. Dan apabila dia mengingati-Ku di hadapan khalayak ramai, nescaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingati-Ku.” (Riwayat Thabrani)

16 May 2011

ganjaran mengikut umur

Berkata Usman bin Affan r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku telah mencapai usia empat puluh tahun, Aku akan jauhkan dia dari tiga macam bencana, iaitu: Gila, kusta dan sopak. Dan Apabila dia mencapai usia lima puluh tahun, Aku akan menghisabnya dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia enam puluh tahun, Aku akan dorongkannya supaya suka bertaubat. Dan apabila dia mencapai usia tujuh puluh tahun, Aku akan jadikannya dicintai oleh para malaikat. Dan apabila dia mencapai usia lapan puluh tahun, Aku akan catitkan kebajikannya semata, dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan-kesalahannya. Dan apabila dia mencapai usia sembilan puluh tahun, akan berkatalah para malaikat: Orang ini sebagai tawanan Allah di bumi-Nya, maka ampunkanlah segala dosa-dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, dan dibenarkannya mensyafaatkan. Dan apabila dia mencapai usia tua ganyut, Allah mencatitkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan di waktu sihat dahulu, dan kalau dia melakukan kesalahan, tiadalah dicatitkan atasnya lagi.” (Riwayat Tirmidzi)

15 May 2011

Menemui Allah

Berkata Abu Umamah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika hamba-Ku suka menemui-Ku, Aku juga suka menemuinya. Dan jika dia benci menemui-Ku, Aku juga benci menemuinya.” (Riwayat Malik, Bukhari dan Nasa’i)

14 May 2011

Balasan syurga orang cacat yang bersyukur

Berkata Al-Irbadh bin Sariyah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku meregut anggota hamba-Ku, padahal ia sangat memerlukannya, lalu ia mengucap Alhamdulillah atas bala itu, Aku tidak rela membalasnya selain dari syurga .” (Riwayat Thabrani, Ibnu Hibban dan Abu Nu’aim)

12 May 2011

Balasan syurga kepada orang buta

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku mengambil kedua mata hamba-Ku (membutakannya) di dunia, maka tiada ganjaran lain baginya daripada-Ku selain syurga, kiranya dia memuji-Ku kerananya.” (Riwayat Termidzi)

“Jika Aku mengambil kedua mata hamba-Ku (membutakannya) lalu ia bersabar dan rela, maka Aku tiadalah melihat sesuatu ganjaran yang sesuai baginya, kecuali syurga.” (Riwayat Bukhari dan Ahmad)

11 May 2011

Balasan niat baik dan buruk

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku merencanakan sesuatu kebaikan, tetapi tiada dikejakannya, Aku catitkan baginya satu kebajikan. Jika terus dikerjakannya, Aku catitkan baginya sepuluh kebajikan, berganda pula kepada tujuh ratus kali. Dan apabila dia merencanakan sesuatu kejahatan, tetapi tiada jadi dikerjakannya, Aku tidak mencatitkan baginya apa-apa pun. Jika terus dikerjakannya, Aku catitkan baginya satu kejahatan saja.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

10 May 2011

Balasan merencana kebajikan dan kejahatan

Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hambaKu merencanakan sesuatu kejahatan, maka janganlah kamu (para malaikat) mencatitkannya ke atas hamba itu, sehingga dia mengerjakannya, barulah kamu mencatitkannnya satu kejahatan. Tetapi jika dia merencanakan sesuatu kebajikan, tetapi tidak dikerjakannya, maka catitkanlah baginya satu kebajikan. Jika dikerjakannya kebajikan itu, maka catitkanlah baginya sepuluh kebajikan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

09 May 2011

Jangan lah kamu mengeluh


Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika hamba-Ku mengeluh dan mengadukan penyakitnya sebelum tiga hari, maka ia telah mengadukan Aku.” (Riwayat Thabrani)

08 May 2011

Hubungan Allah dengan hamba-Nya

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Ada empat perkara. Satu yang menyangkut hubungan Aku dengan engkau. Satu lagi yang menyangkut hubungan antara engkau dengan hamba-hamba-Ku. Satu yang lain untuk Aku, dan yang satu lagi untuk engkau. Adapun yang untuk Aku, hendaklah engkau menyembah Aku, tidak menyengutukan dengan Aku sesuatu pun. Yang menyangkut dirimu, maka apa saja kebajikan yang engkau kerjakan, Aku akan memberikan balasannya. Yang menyangkut antara Aku dengan engkau ialah hendaklah engkau memohon kepada-Ku (berdoa) dan Aku mengkabulkannya. Dan yang menyangkut hubungan antara engkau dengan hamba-hamba-Ku, hendaklah engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau merelakan bagi dirimu.” (Riwayat Abu Nu’aim)

07 May 2011

hakikat solat dan munajat kepada Allah SWT

“Allah telah berfirman: Aku bagikan solat itu antaraKu dan antara hambaKu dan berhaklah bagi hambaKu apa-apa ia mohonkan, maka apabila hamba itu berkata: Al-Hamdulillaahi rabbil ‘alamin, Allah menjawab: Aku telah dipuji oleh hambaKu. Kemudian apabila hamba itu mengatakan:
Arrahmanirrahiim, Allah menjawab: HambaKu telah memuliakan akan Daku. Kemudian apabila dia mengatakan : Maaliki yaumiddiin, Allah menjawab: HambaKu telah menyerahkan (kedaannya) kepadaKu. Kemudian apabila dia mengatakan: Iyyaaka na’budu wa iyyaka nasta’in, Allah menjawab: Inilah antaraKu dan antara hambaKu (dia menyembahKu dan Aku membantunya). Kemudian apabila dia mengatakan: Ihdinash-shiraathal mustaqim, (hingga akhir ayat), Allah menjawab: Inilah buat hambaKu dan berhaklah bagi hambaKu apa-apa yang ia mohonkan.”

06 May 2011

Ganjaran mengingati Allah



Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:“Ingatlah Aku dengan mentaati-Ku, nescaya Aku akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia derhaka dan maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan kebencian-Ku” (Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir)

05 May 2011

Allah murka orang zalim

Berkata Ali r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seseorang yang tidak punya pembela selain Aku.” (Riwayat Thabrani)

04 May 2011

Jika minta bantuan makhluk


Berkata Abu Said r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Mintalah bantuan kepada orang-orang yang bersifat belas kasihan daripada hamba-Ku, nescaya kamu akan hidup di bawah lindungan mereka, sebab kepada merekalah turun rahmat-Ku. Dan jangan sekali-kali meminta bantuan daripada orang-orang yang bersifat kejam, sebab kemurkaan-Ku turun ke atas mereka.” (Riwayat Qudha’i)

03 May 2011

Nikmat Allah di syurga

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan terlintas di hati manusia.” (Riwayat Thabarani)

02 May 2011

Ganjaran memelihara solat lima waktu


Berkata Qatadah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku telah memfadhukan ke atas umatmu (wahai Muhammad!) sembahyang lima waktu, seraya Aku berjanji pada diri-Ku suatu perjanjian, bahawasanya barangsiapa yang memeliharanya tepat pada waktunya, akan Aku masukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang tiada memeliharanya, maka tiadalah perjanjian apa-apa dari Aku baginya.” [...]

Sampaikan nasihat kerana Allah


Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

01 May 2011

Balasan bagi kebajikan dan kejahatan

Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku merencanakan sesuatu kejahatan, tetapi tiada dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya satu kebajikan. Jika terus dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kejahatan. Kemudian jika dia bertaubat daripadanya, hendaklah kamu padamkan saja kejahatan itu daripadanya. Dan apabila hamba-Ku merencanakan suatu kebajikan, tetapi tiada jadi dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kebajikan. Kemudian jika ia terus mengerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya sepuluh kebajikan seumpamanya, kepada tujuh ratus kali ganda.” (Riwayat Abu Hibban)