Setiap pembaca, pendengar dan orang yang menghadiri majlis al-Qur'an, pasti akan dicatatkan beberapa kelebihan serta kurniaan pahala daripada Allah SWT berdasarkan keikhlasan masing-masing.
Membaca ayat al-Qur'an sama ada secara bertadarus atau melalui perujian dalam sesuatu pertandingan sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan bukan saja kepada pembaca, malah sesiapa yang mendengar dan menghadiri majlis itu.
Bagi pembaca, kelebihan yang ditawarkan ini cukup banyak. Dalam hal ini, Sayyidina Ali pernah berkata: "Sesiapa yang membaca al-Qur'an sedang dia mengekalkan solat, maka baginya atas setiap huruf yang dibaca itu sebanyak 100 kebajikan. Sesiapa yang membacanya sedang dia duduk lepas solat baginya atas setiap huruf yang dibaca 50 kebajikan.
"Sesiapa yang membaca, sedang dia berada di luar solat tetapi dalam keadaan berwuduk bagi setiap huruf yang dibaca 25 kebajikan. Sesiapa yang membacanya sedang dia belum berwuduk baginya atas setiap huruf yang dibaca itu 10 kebajikan."
Allah SWT berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah turunkan sebaik-baik pembicaraan iaitu sebuah kitab al-Qur'an yang semua isinya kerap kali sama serta berulang-ulang begitu pun menjadi seram serta naiklah bulu roma bagi mereka yang membacanya, lalu kemudian akan lembut pula hati mereka untuk mengingati Aku." (Surah az-Zumar, ayat 23).
Sahabat Rasulullah SAW, Hazrat Ibni Usman menyatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Muslim yang terbaik antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran, lalu mereka mengajarkannya pula kepada orang lain."
Pada suatu hari ketika Rasulullah SAW sampai kepada kumpulan beberapa orang yang sedang berbual-bual kosong, lalu seorang daripada mereka mencadangkan supaya daripada membuang waktu sedemikian, lebih baik ke pasar Bhutan sekurang-kurangnya melihat atau memilih-milih unta betina yang baik.
Lalu Nabi Muhammad SAW mencelah dengan sabdanya: "Pergi ke masjid dan membaca dua potong daripada ayat al-Qur'an adalah lebih berharga daripada dua unta betina, pergi ke masjid dan membaca tiga potong daripada ayat al-Qur'an adalah lebih baik daripada tiga unta betina, demikian juga pergi ke masjid dengan membaca empat potong daripada ayat al-Qur'an pun adalah lebih afdal daripada empat unta betina atau beberapa lagi unta lain."
Hadis riwayat daripada Abu Hurairah pula menyebut : "Ada pun rumah dimana al-Qur'an sering dibacakan, nescaya ahli keluarganya akan bertambah kelebihan serta rahmat akan berganda, malaikat akan mengerumuninya, sementara syaitan akan lari meninggalkannya, sebaliknya rumah di mana tiada dalamnya alunan bacaan al-Qur'an akan sering menjadi tegang serta hilang keberkatan, malaikat akan menyisihkan dirinya, manakala gerombolan syaitan akan berlindung di dalamnya."
Sesiapa yang mendengar ayat suci al-Qur'an, di samping memahami dan menghayati kandungannya pula adalah mereka yang menggunakan nikmat Allah SWT iaitu pendengaran untuk perkara kebaikan.
Pada akhirat, setiap anggota manusia akan dipersoalkan oleh Allah SWT iaitu untuk apa dan bagaimanakah ia digunakan. Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan dipersoalkan oleh Allah." (Surah al-Isra, ayat 36)
Maknanya, Islam amat menitikberatkan penganutnya supaya sentiasa melakukan kebaikan agar mereka tergolong di kalangan yang beriman dan beramal soleh.
Untuk menjadi orang beriman dan beramal soleh, maka tentu seseorang itu perlu menuntut ilmu yang antara lainnya boleh diperoleh daripada majlis tilawah al-Qur'an.
Majlis ini sama juga dengan majlis ilmu kerana pada majlis itu, hadirin bukan saja dapat mendengar kemerduan ayat suci al-Qur'an, malah dapat menghayati maksud dan pengajaran di sebalik ayat itu.
Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah SAW untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud : "Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan."
Abdullah bin Amru pernah menceritakan bahawa Rasulullah SAW melalui dua majlis dalam masjid. Satu majlis menjalankan kegiatan zikir dan satu lagi pengajian ilmu. Maka, Rasulullah SAW memilih untuk duduk bersama majlis ilmu walaupun kedua-dua majlis itu baik.
Apabila bertembung dengan dua majlis, maka Rasulullah SAW akan memilih majlis ilmu kerana ia lebih besar faedahnya kepada individu dan masyarakat.

No comments:
Post a Comment