Search This Blog

31 January 2011



فَمَن شَاء ذَكَرَهُ
 Oleh itu sesiapa yang mahu (beringat) dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
 Surah Al-Muddaththir, Ayat 55


إِنَّ هَذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَن شَاء اتَّخَذَ إِلَى رَبِّهِ سَبِيلاً
 Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
 Surah Al-Insaan, Ayat 29


وَالنَّاشِرَاتِ نَشْراً
 Dan demi (makhluk-makhluk) yang menyebarkan (pengajaran dan peringatan) dengan sebaran yang sesungguh-sungguhnya,
 Surah Al-Mursalaat, Ayat 3


فَالْمُلْقِيَاتِ ذِكْراً
 Lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan (kepada manusia),
 Surah Al-Mursalaat, Ayat 5


إِنَّهُمْ كَانُوا لَا يَرْجُونَ حِسَاباً
 Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,
 Surah An-Naba', Ayat 27


أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَى
 Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya.
 Surah 'Abasa, Ayat 4


كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ
 Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi).
 Surah 'Abasa, Ayat 11


فَمَن شَاء ذَكَرَهُ
 Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya.
 Surah 'Abasa, Ayat 12


إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِّلْعَالَمِينَ
 Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam:
 Surah At-Takwiir, Ayat 27


فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى
 Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
 Surah Al-A'laa, Ayat 9
12-13

No comments:

Post a Comment