| كَذَّبَتْ عَادٌ فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ |
| (Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasulnya (lalu mereka dibinasakan); maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabku dan kesan amaran-amaranKu! |
| Surah Al-Qamar, Ayat 18 |
|
| فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ |
| Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu! |
| Surah Al-Qamar, Ayat 21 |
|
| كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِالنُّذُرِ |
| (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh). |
| Surah Al-Qamar, Ayat 23 |
|
| فَكَيْفَ كَانَ عَذَابِي وَنُذُرِ |
| Maka perhatikanlah, bagaimana buruknya azabKu dan kesan amaran-amaranKu! |
| Surah Al-Qamar, Ayat 30 |
|
| كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ بِالنُّذُرِ |
| (Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). |
| Surah Al-Qamar, Ayat 33 |
|
| وَلَقَدْ أَنذَرَهُم بَطْشَتَنَا فَتَمَارَوْا بِالنُّذُرِ |
| Dan demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami; dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu. |
| Surah Al-Qamar, Ayat 36 |
|
| وَلَقَدْ رَاوَدُوهُ عَن ضَيْفِهِ فَطَمَسْنَا أَعْيُنَهُمْ فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ |
| Dan demi sesungguhnya! Mereka telah memujuk Nabi Lut mengenai tetamunya, lalu Kami hapuskan biji mata mereka, serta (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu! |
| Surah Al-Qamar, Ayat 37 |
|
| فَذُوقُوا عَذَابِي وَنُذُرِ |
| Lalu (dikatakan kepada mereka): Rasalah azabKu dan kesan amaran-amaranKu! |
| Surah Al-Qamar, Ayat 39 |
|
| وَلَقَدْ جَاء آلَ فِرْعَوْنَ النُّذُرُ |
| Dan demi sesungguhnya! Firaun dan kaumnya telah didatangi (Rasul-rasul) pemberi amaran. |
| Surah Al-Qamar, Ayat 41 |
|
| اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ |
| Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi. |
| Surah Al-Mujaadalah, Ayat 19
10-12 |
|
No comments:
Post a Comment