Search This Blog

12 January 2011




وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى
 Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).
 Surah Al-A'laa, Ayat 15


عَبْداً إِذَا صَلَّى
 Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
 Surah Al-'Alaq, Ayat 10


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
 Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.
 Surah Al-Bayyinah, Ayat 5


فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
 (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli sembahyang -
 Surah Al-Maa'uun, Ayat 4


الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
 (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
 Surah Al-Maa'uun, Ayat 5


فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
 Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
 Surah Al-Kauthar, Ayat 2
11-11

No comments:

Post a Comment