Search This Blog

21 July 2010



بَلْ عَجِبُوا أَن جَاءهُمْ مُنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا شَيْءٌ عَجِيبٌ
 (Kaum musyrik Makkah bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi PERINGATAN dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang menakjubkan!
 Surah Qaaf, Ayat 2


تَبْصِرَةً وَذِكْرَى لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ
 (Kami adakan semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan PERINGATAN, (yang menunjukkan jalan kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya (dengan taat dan berbakti).
 Surah Qaaf, Ayat 8


نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍ فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ
 Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman). Oleh itu, berilah PERINGATAN dengan Al-Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu.
 Surah Qaaf, Ayat 45


وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
 Dan tetap tekunlah engkau memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
 Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 55


فَذَكِّرْ فَمَا أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ
 Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi PERINGATAN (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
 Surah At-Tuur, Ayat 29


أَمْ عِندَهُمُ الْغَيْبُ فَهُمْ يَكْتُبُونَ
 Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan PERINGATANmu)?
 Surah At-Tuur, Ayat 41


حِكْمَةٌ بَالِغَةٌ فَمَا تُغْنِ النُّذُرُ
 (Yang demikian ialah) pengajaran yang cukup sempurna; dalam pada itu, segala PERINGATAN dan amaran tidak akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar).
 Surah Al-Qamar, Ayat 5


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi PERINGATAN dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil PERINGATAN dan pelajaran (daripadanya)?
 Surah Al-Qamar, Ayat 17


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ
 Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk PERINGATAN dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil PERINGATAN dan pelajaran (daripadanya)?
 Surah Al-Qamar, Ayat 22


كَذَّبَتْ ثَمُودُ بِالنُّذُرِ
 (Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan PERINGATAN dan amaran (yang disampaikan oleh Rasul mereka, Nabi Soleh).
 Surah Al-Qamar, Ayat 23


 7 8 9 10 11 >> Akhir

No comments:

Post a Comment