Search This Blog

21 June 2010


فَضْلاً مِّنَ اللَّهِ وَنِعْمَةً وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
 (Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan NIKMAT pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
 Surah Al-Hujuraat, Ayat 8


آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ
 (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima NIKMAT dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
 Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 16


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ
 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan NIKMAT kesenangan (yang tidak ada taranya).
 Surah At-Tuur, Ayat 17


وَأَقْبَلَ بَعْضُهُمْ عَلَى بَعْضٍ يَتَسَاءلُونَ
 Dan (dengan berada dalam NIKMAT itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.
 Surah At-Tuur, Ayat 25


فَذَكِّرْ فَمَا أَنتَ بِنِعْمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجْنُونٍ
 Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan NIKMAT Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.
 Surah At-Tuur, Ayat 29


أَمْ عِندَهُمْ خَزَائِنُ رَبِّكَ أَمْ هُمُ الْمُصَيْطِرُونَ
 Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu NIKMAT atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?
 Surah At-Tuur, Ayat 37


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكَ تَتَمَارَى
 Maka yang mana satu di antara NIKMAT-NIKMAT Tuhanmu (yang tidak terhingga itu) engkau ragu-ragukan (wahai manusia)?
 Surah An-Najm, Ayat 55


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
 Maka yang mana satu di antara NIKMAT-NIKMAT Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 13


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
 Maka yang mana satu di antara NIKMAT-NIKMAT Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 16


فَبِأَيِّ آلَاء رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
 Maka yang mana satu di antara NIKMAT-NIKMAT Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 18


Laman : Awal << 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 >> Akhir

No comments:

Post a Comment