Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
1. Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari,
2. demi bulan apabila mengiringinya,
3. demi siang apabila menampakkannya,
4. demi malam apabila menutupinya,
5. demi langit serta pembinaannya,
6. demi bumi serta penghamparannya,
7. demi jiwa serta penyempurnaanya,
8. maka dia mengilhamkan kepadanya kejahatan dan ketaqwaan,
9. sungguh beruntung orang yang menyucikannya,
10. dan sungguh rugi orang yang mengotorinya,
11. (Kaum) Samud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas( zalim),
12. ketika bangkit orang yang paling celaka diantara mereka,
13. lalu Rasulullah(Salleh) berkata kepada mereka, " (Biarkanlah) unta betina dari Allah ini dengan minumannya."
14. Namun mereka mendustakannya dan menyembelihnya, kerana itu Tuhan membinasakan mereka kerana dosanya, lalu diratakan-Nya(dengan tanah).
15. Dan Dia tidak takut terhadap akibatnya.
No comments:
Post a Comment