Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
1. Demi fajar,
2. demi malam yang sepuluh,
3. demi yang genap dan yang ganjil,
4. demi malam apabila berlalu,
5. Adakah pada yang demikian itu terdapat sumpah (yang dapat diterima) bagi orang yang berakal?
6. Tidakkah engkau(Muhammad) memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap (kaum)'Ad?
7. (yaitu) penduduk,Iram (Ibukota kaum "Ad) yang mempunyai bangunan yang tinggi,
8. yang belum pernah dibangun(suatu kota) seperti itu dinegeri-negeri lain,
9. dan (terhadap) kaum samud yang memotong batu-batu besar dilembah,
10. dan (terhadap) Firaun yang mempunyai pasak-pasak (bangunan yang besar).
11. yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,
12. lalu mereka banyak berbuat kerusakan dalam negeri itu.
13. kerana itu Tuhanmu menimpakan cemeti azab kepada mereka,
14. Sungguh, Tuhanmu benar-benar mengawasi.
15. Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, " Tuhanku telah memuliakan ku."
16. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata," Tuhanku telah menghinaku."
17. Sekali-kali tidak! Bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim ,"
18. dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin,
19. sedangkan kamu memakan harta warisan dengan cara mencampurbaurkan (yang halal dan yang haram),
20. dan kamu mencintaiharta dengan kecintaaan yang berlebihan,
21. sekali-kali tidak Apabila bum,i diguncang berturut-turut (berbenturan),
22. dan datang lah Tuhanmu;dan malaikat berbaris-baris,
23. dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahannam; pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu.
24. Dia berkata, "Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan(kebajikan) untuk hidupku ini."
25. Maka pada hari itu tidak ada seortangpun yang mengazab seperti azab-Nya (yang adil).
26. dan tidak ada seorangpun yang mengikat sepeti ikatan-Nya.
27. Wahai jiwa yang tenang!
28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya,
29. Maka masuklah kedalam golongan hamba-hamba-Ku'
30. dan masuklah kedalam syurga-Ku.
No comments:
Post a Comment