Search This Blog

24 January 2010

AL 'ALAQ (Segumpal Darah) Surah ke 96 : 19 ayat. Makkiyyah


1. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar dengan perantaraan kalam.
5. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
6. Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,
7. Kerana dia melihat dirinya serba cukup.
8. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kembali(mu).
9. Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang,
10. seorang hamba ketika dia mengerjakan solat,
11. bagaimana pendapatmu jika orang yang dilarang itu berada diatas kebenaran,
12. atau dia menyuruh bertakwa(kepada Allah)?
13. Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling?
14. Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya?
15. Ketahuilah, sungguh jika ia tidak berhenti(berbuat demikian) niscaya kami tarik ubun-ubunnya,
16. (Yaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.
17. Maka biarlah dia memanggil golongannya(untuk menolongnya),
18, Kelak Kami memanggil akan Malaikat Zabaniah,
19. sekali-kali janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah(dirimu kepada Tuhan),

No comments:

Post a Comment