Search This Blog

12 May 2013

Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia

Firman Allah SWT dlm Surah al-Israk ayat 23 yg bermaksud;
Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam 
pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.
Seruan supaya menghormati dan mengasihi Ibu ni telahpn dberitahu oleh Allah SWT sejak 1500 thn yg lalu, tetapi ummat Islam tdk endahkn perinth Allah SWT, tetapi apabila mari jer org Kristian mengwar-warkn "Mother Day" ni ummat Islam berriya-riya menyahutnyer, yng Islam sruh buat x mau buat, yg Islam x bg buat kita beria nk buat, sebab bg sya kasihkn ibu ni tdk ada musim, sepanjang masa msti kasihkn Ibu, jadi2 la kta menceduk budaya2 yg brttngn dgn Islam, bukn apa bmbng dlm kta sebuk menceduk budaya org lain takut terbatal aqidah kta, berbangggalah kta dgn Agama Islam dan Budaya kta, kadang2 ada yg menymbut Hari Ibu bukan beria, solatpn x wat, doa utk Ibubapa lepas solatpn x buat, auratpn terdedah. muhasabahlah diri kita, kita org Islam, kita ada cara kita dalam mengasihi Ibubapa...Allahumaghfirli zunuubi waliwalidayya warhamhuma kama robbaya ni soghira...

15 March 2013

Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar

Surat At Taubah 111 : "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar "

"Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, lalu engkau melupakannya, dan demikianlah pada hari ini engkau dilupakan"

Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-KU, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.

dia berkata, "hai rabbku, mengapa Engkau mengumpulkan aku dalam keadaan buta dan adalah aku dahulu (di dunia) melihat?"

Allah berfirman, "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, lalu engkau melupakannya, dan demikianlah pada hari ini engkau dilupakan". 

(QS.Thaahaa: 124-126)

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah


أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud," Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan Kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan ".
{ Al-Maa'idah : 8