Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:“Ingatlah Aku dengan mentaati-Ku, nescaya Aku akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia derhaka dan maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan kebencian-Ku” (Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir)
Search This Blog
06 May 2011
Ganjaran mengingati Allah
Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:“Ingatlah Aku dengan mentaati-Ku, nescaya Aku akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia derhaka dan maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan kebencian-Ku” (Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir)
05 May 2011
Allah murka orang zalim
Berkata Ali r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seseorang yang tidak punya pembela selain Aku.” (Riwayat Thabrani)
04 May 2011
Jika minta bantuan makhluk
Berkata Abu Said r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Mintalah bantuan kepada orang-orang yang bersifat belas kasihan daripada hamba-Ku, nescaya kamu akan hidup di bawah lindungan mereka, sebab kepada merekalah turun rahmat-Ku. Dan jangan sekali-kali meminta bantuan daripada orang-orang yang bersifat kejam, sebab kemurkaan-Ku turun ke atas mereka.” (Riwayat Qudha’i)
03 May 2011
Nikmat Allah di syurga
Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan terlintas di hati manusia.” (Riwayat Thabarani)
02 May 2011
Ganjaran memelihara solat lima waktu
Berkata Qatadah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku telah memfadhukan ke atas umatmu (wahai Muhammad!) sembahyang lima waktu, seraya Aku berjanji pada diri-Ku suatu perjanjian, bahawasanya barangsiapa yang memeliharanya tepat pada waktunya, akan Aku masukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang tiada memeliharanya, maka tiadalah perjanjian apa-apa dari Aku baginya.” [...]
Sampaikan nasihat kerana Allah
Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)
01 May 2011
Balasan bagi kebajikan dan kejahatan
Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku merencanakan sesuatu kejahatan, tetapi tiada dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya satu kebajikan. Jika terus dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kejahatan. Kemudian jika dia bertaubat daripadanya, hendaklah kamu padamkan saja kejahatan itu daripadanya. Dan apabila hamba-Ku merencanakan suatu kebajikan, tetapi tiada jadi dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kebajikan. Kemudian jika ia terus mengerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya sepuluh kebajikan seumpamanya, kepada tujuh ratus kali ganda.” (Riwayat Abu Hibban)
Subscribe to:
Posts (Atom)