Search This Blog

02 March 2011

ANTARA AMAN DAN TAKUT

FIRMAN ALLAH SWT:

AKU TIDAK AKAN MENGHIMPUNKAN DUA MACAM KETAKUTAN BAGI HAMBAKU DAN TIDAK PULA AKAN MENGUMPULKAN DUA MACAM RASA AMAN BAGINYA. JIKA IA MERASA AMAN DARIPADAKU DI DALAM DUNIA, AKU AKAN BERIKAN RASA TAKUT
KEPADANYA PADA HARI QIAMAT. DAN JIKA IA MERASA TAKUT KEPADAKU DIALAM
DUNIA, AKU AKAN BERIKAN KEPADANYA RASA AMAN PADA HARI QIAMAT.

( HQR IBNUL MUBARAK DARI AL-HASAN SEBAGAI HADIS MURSAL )


HADIS MURSAL- HADIS YANG DIANGKAT TABI'I LANGSUNG KEPADA NABI SAW ( TAK
MENYEBUT SAHABAT YANG MERIWAYATKANNYA)

01 March 2011

Kurnia dan pinjaman

Firman Allah tabaraka wa ta'ala:

Wahai hamba-hamba-Ku! Aku telah berikan kurnia kepada kalian dan Aku telah meminta hutang, pinjaman atau
kredit daripada kalian. Barangsiapa yang telah memberikan sesuatu kepadaKu dari apa yang telah Ku kurniakan
itu dengan taat, niscaya Ku seragamkan ( membalasnya) dalam waktu singkat (dunia) dan Ku simpan baginya
untuk waktu mendatang ( akhirat ). Tetapi barangsiapa yang Ku ambil daripadanya sesuatu yang telah Ku berikan itu secara paksa, namun ia bersabar dan berusaha dengan ikhlas kerana Allah, niscaya Ku wajibkan pemberian hadiah dan rahmatKu baginya, dan ku catatkan bahawa dia termasuk orang yang dapat pertunjuk, dan Ku perbolehkan dia menikmati pandangan kepada Ku.
( H. R. Rafi'i dari Abu hurairah r.a )

28 February 2011

Jihad dijalan Allah

Allah berfirman:

Hamba-ku yang mana saja dari hamba-hamba-Ku yang menunaikan jihad pada jalan-Ku kerana
mengharap dan mencari keredhaan-ku, Aku jamin untuk mengembalikannya ( jika ia Ku kembalikan) dengan segala apa yang didapatnya berupa pahala atau harta rampasan. Dan jika ia ku matikan ( dalan perang sabil itu )
ia akan Aku ampuni, Ku beri rahmat dan akan Ku masukkan kedalam syurga.
( H.R. Turmidzi dan Thabrani dari ibnu Umar r.a. )

27 February 2011

Buat jahat dibalas satu buat baik dibalas sepuluh hingga tujuhratus

Apabila seorang hambaku merencanakan melakukan suatu kejahatan, tapi tidak dilaksanakannya, tuliskan baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakan, maka tuliskanlah baginya satu kejahatan. Jika ia taubat, hapuskanlah ia daripadanya.
Dan apabila seorang hambaku merencanakan melakukan suatu kebajikan, lalu tidak dilaksanakannya maka tuliskanlah baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakannya, tuliskanlah baginya sepuluh ganda hingga tujuhratus ganda.
( H.R. Ibnu Hibban dan Abu Darda r.a.)

26 February 2011

AL QURAN SEBAGAI PENOLONG,DI AKHIRAT NANTI


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

25 February 2011

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR


AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT
-
Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, didapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu diubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.

AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.

Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 93krul's FotoPage - Fotopages.com

24 February 2011

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT:


Abu Umamah r.a. berkata : 'Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran.'

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.'

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, 'Kenalkah kamu kepadaku?' Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : 'Siapakah kamu?'

Maka berkata Al-Quran : 'Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.'

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : 'Adakah kamu Al- Quran?' Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : 'Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?'

Lalu dijawab : 'Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al- Quran.'"