Search This Blog

01 June 2011

Orang munafik ada penyakit syak dan hasad dengki

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا 
يَكْذِبُونَ

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Surah Al- Baqarah, Ayat 10

31 May 2011

Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku


Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman:
1. Wahai anak Adam, berkhidmatlah kepada Ku, kerana sesungguhnya Aku kasih kepada orang yang berkhidmat kepada Ku dan Aku menjadikan para hambaKu akan berkhidmat (pula) kepadanya.
2. Maka sesungguhnya engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat yang telah engkau lakukan terhadapKu dalam perhitungan telah berlalunya umur engkau, dan engkau tidaklah mengetahui kedudukan maksiat terhadapKu yang engkau akan lakukan dalam tempoh baki umur engkau.
3. Sesungguhnya Aku adalah Maha Melakukan apa yang Aku kehendaki.
4. Sembahlah Aku, kerana sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang hina dina, sedangkan Aku adalah Tuhan Yang Maha Besar.
5. Seandainya bahawa saudara saudara engkau dan kekasih kekasih engkau di kalangan anak anak Adam terhidu bau dosa dosa engkau dan mereka ternampak akan engkau akan apa Aku lebih mengetahui daripadanya (bau tersebut), pasti tidaklah mereka duduk bersama engkau dan tidak lah mendekati engkau.
6. Maka betapakah keadaannya, sedangkan dosa itu bertambah pada setiap hari, padahal pada setiap hari umur engkau makin berkurangan sejak engkau dilahirkan oleh ibu engkau.

30 May 2011

Beribadat kepada Allah

1. Daripada Abu Hurairah ra. dari Nabi saw, beliau bersabda :
“Sesungguhnya Allah berfirman: “Wahai anak Adam (manusia), luangkanlah waktu untuk ibadah kepadaKu maka Aku isi dadamu dengan kekayaan, dan Aku tutup kekafiranmu. Jika tidak demikian maka Aku isikan kesibukan di mukamu dan Aku tidak menutup kefakiranmu”. (HR At Tirmidzi)
2. Daripada Uqbah bin Amir ra., ia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: “Tuhanmu kagum terhadap penggembala kambing di hujung bukit yang di kala didengarkan adzan ia mendirikan solat”. Lalu Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfirman: “Lihatlah hambaKu ini, didengarkan adzan kemudian ia solat kerana takut terhadapKu, Aku telah mengampuni hambaKu dan memasukkannya ke Syurga”. (HR An Nasa’i).
3. Daripada Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya apabila Allah mencitai seorang hamba, maka dia memanggil Jibril ra., seraya berfirman: “Sesungguhnya Aku mencintai Fulan, maka cintailah dia”. Beliau bersabda: “Maka Jibril mencintainya. Kemudian Jibril memanggil (penghuni langit) di langit, lalu berkata: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah ia”. Maka penghuni langit mencintainya. Beliau bersabda: “Kemudian di bumi ia diterima”: Apabila Allah membenci hamba, maka Dia memanggil Jibril seraya berfirman: “Sesungguhnya Aku membenci Fulan, maka bencilah ia”. Lalu ia dibenci oleh Jibril. Kemudian Jibril memanggil penghuni langit: “Sesungguhnya Allah membenci Fulan, maka bencilah kamu sekalian terhadapnya”. Beliau bersabda: “Kemudian ia di bumi dibenci oleh orang-orang”. (HR Muslim)

29 May 2011

Carilah “Aku” di sana…

Nabi berkata bahwa Allah berfirman, “Aku tidak bertempat di ruang yang tinggi dan yang rendah. Aku tidak berada di bumi dan di langit. Tapi Aku berada di dalam hati hamba-Ku yang beriman. Alangkah indahnya! Jika engkau mencari Aku, carilah Aku di sana.”

28 May 2011

Berbuat kebaikan

Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu nyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (HR Muslim).

27 May 2011

Kelebihan puasa

Allah Taala berfirman: “Kecuali puasa, maka ia adalah untukKu, dan Aku sendiri yang membalasnya. Dia (orang yang berpuasa itu) telah meninggalkan makan, minum dan menahan syahwatnya kerana Aku. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhan. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)

26 May 2011

Ganjaran mengingati Allah SWT

Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala berfirman: “Ingatilah Aku dengan mentaati-Ku, nescaya Aku akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia derhaka dan maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan kebencanaan-Ku.”(Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir)