Search This Blog

28 May 2011

Berbuat kebaikan

Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu nyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (HR Muslim).

27 May 2011

Kelebihan puasa

Allah Taala berfirman: “Kecuali puasa, maka ia adalah untukKu, dan Aku sendiri yang membalasnya. Dia (orang yang berpuasa itu) telah meninggalkan makan, minum dan menahan syahwatnya kerana Aku. Orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhan. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.” (HR Bukhari dan Muslim)

26 May 2011

Ganjaran mengingati Allah SWT

Berkata Abu Hind Ar-Razi r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala berfirman: “Ingatilah Aku dengan mentaati-Ku, nescaya Aku akan mengingatimu dengan pengampunan-Ku. Barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia taat setia kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan pengampunan-Ku. Dan barangsiapa yang mengingati-Ku, sedang ia derhaka dan maksiat kepada-Ku, maka berhaklah dia akan Aku mengingatinya dengan kebencanaan-Ku.”(Riwayat Dailami dan Ibnu Asakir)

25 May 2011

Kelebihan Al-Fatihah

Berkata Ubay bin Ka’ab r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat, tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau, sementara yang satu lagi antara Aku dan engkau.
Adapun tiga yang untuk Aku, iaitu: Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalain alam), Ar-Rahmaanir-Rahiim (Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang), dan Maaliki Yaumiddiin (Yang Menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na’budu Wa Iyyaaka Nasta’iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkaupulalah kami meminta pertolongan), daripadamulah penyembahan dan atas Aku pula pertolongan.

Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-syiraathal Mustaqiim (Tunjukilah kami jalan yang lurus), Syiraathal ladziina An’amta alaihim (Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka), Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat).” (Riwayat Thabrani)

24 May 2011

Lapangkan masa untuk beribadat

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Lapangkanlah dirimu untuk beribadat kepada-Ku, nescaya Aku penuhi dadamu kekayaan, dan mengatasi segala kemiskinanmu. Jika engkau tidak buat, maka akan Aku penuhi dadamu dengan urusan, dan tidaklah Aku tutupi kemiskinanmu.” (Riwayat Tarmidzi dan Baihaqi)

23 May 2011

Kelebihan mengingati Allah selepas subuh dan asar

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Ingatlah kepada Aku sebentar selepas subuh dan sebentar selepas asar, nescaya akan aku mencukupimu (keperluanmu) antara kedua masa itu.” (Riwayat Muslim dan Abu Nu’aim)

22 May 2011

Manusia tak pernah puas

Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)