Search This Blog

23 May 2011

Kelebihan mengingati Allah selepas subuh dan asar

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Ingatlah kepada Aku sebentar selepas subuh dan sebentar selepas asar, nescaya akan aku mencukupimu (keperluanmu) antara kedua masa itu.” (Riwayat Muslim dan Abu Nu’aim)

22 May 2011

Manusia tak pernah puas

Berkata Ibnu Umar r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyak pun, engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat afiat, jiwamu tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!.” (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)

21 May 2011

Menyegerakan berbuka puasa

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Sebaik-baik hamba-Ku ialah mereka yang menyegerakan berbuka puasa (setelah masuk waktunya).” (Riwayat Ahmad)

20 May 2011

Bertaqarrub kepada Allah

Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika seorang hamba bertaqarrub kepada-Ku sejengkal, Aku taqarrub kepadanya sehasta. Dan jika dia bertaqarrub kepada-Ku sehasta, Aku taqarrub kepadanya sedepa. Dan jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepadanya berlari.” (Riwayat Bukhari dan Thabari)

19 May 2011

Balasan ujian Allah

Berkata Syaddad bin Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku menguji salah seorang hamba-Ku yang mu’min, lalu dia memuji-Ku seraya bersabar atas (penderitaan) apa yang Aku mengujinya. Maka ia kan bangun dari tempat pembaringannya bagaikan anak yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada dosa. Lantas Tuhan akan memerintahkan malaikat pencatit amal: “Sesungguhnya Aku telah menahan hamba-Ku ini, dan Aku telah mengujinya, maka kini catitkanlah baginya apa yang selalu kamu catitkan sebelum itu dari pahala-pahala amalannya.” (Riwayat Ahmad)

18 May 2011

Balasan orang sabar

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Jika Aku menimpakan suatu musibah ke atas salah seorang hamba-Ku pada badannya, atau hartanya, atau anaknya, lalu dia menerima musibah itu dengan penuh kesabaran, nescayalah di hari kiamat Aku malu akan menegakkan baginya neraca timbangan atau mendedahkan buku catitan amalnya.” (Riwayat Qudha’i)

17 May 2011

Mengingati Allah

Berkata Ibnu Abas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku mengingati-Ku sendirian, Aku pun akan mengingatinya sendirian. Dan apabila dia mengingati-Ku di hadapan khalayak ramai, nescaya Aku akan mengingatinya pula di khalayak yang lebih baik daripada khalayak ramai yang dia mengingati-Ku.” (Riwayat Thabrani)