Search This Blog

04 May 2011

Jika minta bantuan makhluk


Berkata Abu Said r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Mintalah bantuan kepada orang-orang yang bersifat belas kasihan daripada hamba-Ku, nescaya kamu akan hidup di bawah lindungan mereka, sebab kepada merekalah turun rahmat-Ku. Dan jangan sekali-kali meminta bantuan daripada orang-orang yang bersifat kejam, sebab kemurkaan-Ku turun ke atas mereka.” (Riwayat Qudha’i)

03 May 2011

Nikmat Allah di syurga

Berkata Anas r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Aku telah menyediakan bagi hamba-hamba-Ku yang salih kenikmatan yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dan terlintas di hati manusia.” (Riwayat Thabarani)

02 May 2011

Ganjaran memelihara solat lima waktu


Berkata Qatadah r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman: “Aku telah memfadhukan ke atas umatmu (wahai Muhammad!) sembahyang lima waktu, seraya Aku berjanji pada diri-Ku suatu perjanjian, bahawasanya barangsiapa yang memeliharanya tepat pada waktunya, akan Aku masukkannya ke dalam syurga. Dan barangsiapa yang tiada memeliharanya, maka tiadalah perjanjian apa-apa dari Aku baginya.” [...]

Sampaikan nasihat kerana Allah


Berkata Abu Umamah Al-Bahili r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda: Allah telah berfirman:
"Sebaik-baik persembahan yang dapat diberikan hamba-Ku kepada-Ku ialah menyampaikan nasihat kerana Aku." (Riwayat: Ahmad, Hakim dan Abu Nu'aim)

01 May 2011

Balasan bagi kebajikan dan kejahatan

Berkata Abu Darda r.a. bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: Allah Taala telah berfirman:
“Apabila hamba-Ku merencanakan sesuatu kejahatan, tetapi tiada dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya satu kebajikan. Jika terus dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kejahatan. Kemudian jika dia bertaubat daripadanya, hendaklah kamu padamkan saja kejahatan itu daripadanya. Dan apabila hamba-Ku merencanakan suatu kebajikan, tetapi tiada jadi dikerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya suatu kebajikan. Kemudian jika ia terus mengerjakannya, maka catitkanlah kamu baginya sepuluh kebajikan seumpamanya, kepada tujuh ratus kali ganda.” (Riwayat Abu Hibban)

30 April 2011

Aku haramkan kezaliman atas diri Ku

Dari Abi Dzar al-Ghifari r.a dari Nabi s.a.w yang diriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, Dia berfirman:

“ Hai hamba-hamba Ku! Sesungguhnya Aku haramkan kezaliman atas diri Ku dan Aku jadikan dia (perkara) yang diharamkan antara kamu. Maka janganlah kamu berbuat kezaliman.

Hai hamba-hamba Ku! Sekalian kamu adalah tersesat kecuali sesiapa yang Aku telah berikan hidayah kepadanya. Maka mintalah hidayah kepada Ku, tentu Aku memberikan hidayah itu kepada kamu.

Hai hamba-hamba Ku! Sekalian kamu adalah lapar kecuali sesiapa yang Aku telah memberikan makan kepadanya. Maka mintalah makanan kepada Ku, maka tentu Aku memberikan makanan kepada kamu.

Hai hamba-hamba Ku! Sekalian kamu adalah telanjang kecuali sesiapa yang Aku telah memakaikannya. Maka mintalah pakaian kepada Ku, tentu Aku akan memakaikannya kepada kamu.

Hai hamba-hamba Ku! Sekalian kamu adalah bersalah malam dan siang dan Aku yang mengampunkan dosa. Maka mintalah keampunan kepada Ku, tentu Aku akan mengampuni bagi kamu.

Hai hamba-hamba Ku! Sesungguhnya kamu tiadakan dapat menyampaikan kemudharatan kepada Ku, maka kamu hendak mendatangkan kemudharatan itu kepada Ku. Dan kamu tiadakan dapat menyampaikan manfaat kepada Ku, maka kamu hendak menyampaikan manfaat itu kepada Aku.

Hai hamba-hamba Ku! Kalau sekiranya orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu dari jenis manusia dan jin, adalah semuanya itu setakut-takut hati kepada Allah seperti takutnya hati seorang lelaki daripada kamu; nescaya yang demikian itu tiada menambahkan pada Kerajaan Ku sedikit jua pun.

Hai hamba-hamba Ku! Kalau sekiranya orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu dari jenis manusia dan jin, adalah semuanya sejahat-jahat hati seperti hati seorang lelaki dari kamu; nescaya yang demikian itu tiada pula mengurangkan sesuatu pun dari Kerajaan Ku.

Hai hamba-hamba Ku! Kalau sekiranya orang-orang yang terdahulu dan yang terkemudian daripada kamu dari jenis manusia dan jin, adalah semuanya berdiri pada suatu tanah lapang lalu masing-masing meminta kepada Ku dan Aku telah memberikan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya; nescaya yang demikian itu tiada mengurangkan daripada apa yang ada di sisi Ku selain seperti kurangnya jarum apabila dimasukkan kedalam laut.

Hai hamba-hamba Ku! Hanya segala amal kamu akan Aku hitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakannya bagi kamu. Barangsiapa mendapati kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah, dan barangsiapa mendapati yang lain dari yang demikian itu maka janganlah dia mencela kecuali dirinya sendiri. ”

(Riwayat Muslim) 

29 April 2011

Nilai Puasa



Rasulullah SAW dalam meriwayatkan Hadits Qudsi menyatakan bahawa ALLAH SWT Berfirman:-

"Semua amal perbuatan Bani Adam menyangkut dirinya peribadi,kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untukKu dan kerana itu Akulah yang langsung membalasnya. Puasa itu ibarat perisai. Pada hari melaksanakan puasa mengucapkan kata-kata kotor,tidak sopan dan tidak enak didengar dan jangan pula hingar-bingar bertengkar. Jika di antara kalian memakinya atau mengajak berkelahi,hendaknya katakan kepadanya: " Saya sedang bepuasa."
Selanjutnya Nabi SAW bersabda: "Demi ALLAH yg diri Muhammad dalam kekuasaanNya,sesungguhnya bau busuk mulut org berpuasa lebih wangi di sisi ALLAH 73)dari bau kasturi". Dan bagi orang berpuasa kegembiraan, gembira ketika berbuka puasa kerana sampai waktunya dan gembira ketika kelak menemui RabNya kerana menerima pahala puasanya.
(HQR Syaikhani,Nasa`i dan Ibnu Hibban yg bersumberkan Abu Hurairah)