"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan-Ku" (Riwayat Muslim)
Search This Blog
13 March 2011
12 March 2011
ORANG YANG SIBUK DENGAN AL QUR’AN DAN DZIKIR HINGGA LUPA DARI MEMINTA KEPADAKU
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda: Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Besar berfinnan : “Barang siapa yang sibuk membaca Al Qur’an dan dzikir kepada Ku dengan tidak memohon kepada Ku, maka ia Aku beri sesuatu yang lebih utama dari pada apa yang Aku berikan kepada orang yang minta”. Kelebihan firman Allah atas seluruh perkataan seperti kelebihan Allah atas seluruh makhlukNya”. (Hadits ditakhrij oleh Turmudzi).
Dari Abu Sa’id Al Khudri ra., ia berkata : Rasulullah saw bersabda: “Nabi datang bersama dua orang, dan Nabi bersama tiga orang, lebih banyak dan lebih sedikit dari itu ; Kemudian dikatakan kepadanya : “Apakah engkau telah tabligh kepada kaummu ?”. Dia menjawab : “Ya” Lalu kaumnya dipanggil dan ditanyakan : “Apakah kalian telah diberi tabligh ?”. “Mereka menjawab : “Tidak”, lalu ditanyakan : “Siapakah yang menjadi saksi bagimu ?”. Dia menjawab : “Muhammad dan ummatnya”. Maka ummat Muhammad di panggil lalu ditanyakan : “Apakah orang ini telah tabligh ?” Mereka menjawab : “Ya”. Tuhan berfirman : “Apakah tahunya tentang hal itu ?”. “Mereka menjawab : “Nabi kami memberitakan kepada kami tentang hal itu, bahwa Rasul-Rasul telah tabligh, lalu kami membenarkannya”. Rasulullah saw. bersabda : Itulah firman Allah Ta’ala : :
“WAKADZALIKA JA’ALNAAKUM UMMATAN WASATHAN LITAKUUNUU SYUHADAA-A’ALANNSI”
(Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam), ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu). (Al Baqarah : 143). (Hadits ditakhrij oleh Ibnu Majah).
11 March 2011
Mensucikan Allah
Bani Adam ( manusia ) telah membohongkan Daku. Sesungguhnya ia tidak berhak melakukan demikian.
Dia juga telah mencaci Daku. Sebenarnya juga ia tidak berhak melakukan demikian. Aadapun tuduhan kebohongannya ialah dia mengira bahawa Aku tidak sanggup mengembalikannya
( menghidupkan kembali setelah ia meninggal dunia), sedang caciannya kepadaKu dengan tuduhan bahawa Aku mempunyai anak. Maha Suci Aku untuk mempersunting seorang isteri atau mempunyai seorang anak.
( HQR Bukhari dan bersumber dari Ibnu Abbas r.a. )

10 March 2011
Tetamu Allah
Seseorang yang telah Aku kurniai badan yang sihat dan rezki yang lapang, namun tidak mau bertamu
setelah empat tahun, sesungguhnya ia terlarang untuk mendapat pahala dari sisi Allah swt.
( HQR Thabarani dalam kitab al-ausath dan Abu Ya'la dari Abud-Darda' r.a)
setelah empat tahun, sesungguhnya ia terlarang untuk mendapat pahala dari sisi Allah swt.
( HQR Thabarani dalam kitab al-ausath dan Abu Ya'la dari Abud-Darda' r.a)
09 March 2011
Kamu ingat Allah , Allah ingat kamu
Wahai anak adam! Apabila engkau ingat pada Ku dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula padamu
dalam keadaan sunyi sepi. dan apabila engkau ingat pada Ku ditengah khalayak ramai, Aku akan ingat pula padamu ditengah khalayak ramai yang lebih baikj dari tempat engkau ingat kepadaKu.
( HQR Bazzar yang bersumber dar Ibnu Abbas r.a )

08 March 2011
Kedudukan Amanat
Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menawarkan ' Amanat ' kepada langit dan bumi, namun mereka tidak mampu. Apakah engkau sanggup memikul dengan segala akibatnya?
Adam berkata: " Apa yang saya dapat daripadanya? " Allah menerangkan: " Jika engkau sanggup memikulnya, engkau akan diberi pahala, tetapi jika engkau menyia-nyiakannya, engkau akan disiksa. "
Adam berkata: " Baik saya pasti dapat memikul dengan segala akibatnya"
Tidak berapa lama kemudian ( sekadar lama waktu antara solat subuh dan asar ia berada disyurga ) terjadilah
peristiwa dengan syaitan sehingga ia dikeluarkan dari syurga.
(HQR Abus-Syaikh yang bersumber dariIbnu Abbas r.a.)

07 March 2011
Keikhlasan amal kerana Allah
Kelak pada hari qiamat akan didatangkan beberapa buku yang telah disegel ( buku catatan amal ) lalu
dihadapkan kepada Allak swt ( pada waktu itu ) Allah berfirman: " buanglah ini semuanya ', Malaikat berkata: " demi kekuasaan Engkau , kami tidak melihat didalamnya melainkan yang baik-baik sahaja'', Selanjutnya Allah berfirman : " Sesungguhnya isinya ini dilakukan bukan kerana Aku dan Aku sesungguhnya tidak akan menerima kecuali apa-apa yang dilaksanakan kerana mencari keredhaanKu."
( HQR Bazzar dan Thabarani, dengan dua sanad , atau diantara para rawinya termasuk perawi Al- Jami' ush shahih )

Subscribe to:
Posts (Atom)