Search This Blog

10 March 2011

Tetamu Allah

Seseorang yang telah Aku kurniai badan yang sihat dan rezki yang lapang, namun tidak mau bertamu
setelah empat tahun, sesungguhnya ia terlarang untuk mendapat pahala dari sisi Allah swt.

( HQR Thabarani dalam kitab al-ausath dan Abu Ya'la dari Abud-Darda' r.a)

09 March 2011

Kamu ingat Allah , Allah ingat kamu

Wahai anak adam! Apabila engkau ingat pada Ku dalam keadaan sunyi sepi, Aku akan ingat pula padamu
dalam keadaan sunyi sepi. dan apabila engkau ingat pada Ku ditengah khalayak ramai, Aku akan ingat pula padamu ditengah khalayak ramai yang lebih baikj dari tempat engkau ingat kepadaKu.

( HQR Bazzar yang bersumber dar Ibnu Abbas r.a )

08 March 2011

Kedudukan Amanat

Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menawarkan ' Amanat ' kepada langit dan bumi,  namun mereka tidak mampu. Apakah engkau sanggup memikul dengan segala akibatnya?
Adam berkata: " Apa yang saya dapat daripadanya? " Allah menerangkan: " Jika engkau sanggup memikulnya, engkau akan diberi pahala, tetapi jika engkau menyia-nyiakannya,  engkau akan disiksa. "
Adam berkata: " Baik saya pasti dapat memikul dengan segala akibatnya"
Tidak berapa lama kemudian ( sekadar lama waktu antara solat subuh dan asar ia berada disyurga ) terjadilah
peristiwa dengan syaitan sehingga ia dikeluarkan dari syurga.
(HQR Abus-Syaikh yang bersumber dariIbnu Abbas r.a.)

07 March 2011

Keikhlasan amal kerana Allah

Kelak pada hari qiamat akan didatangkan beberapa buku yang telah disegel ( buku catatan amal ) lalu
dihadapkan kepada Allak swt ( pada waktu itu ) Allah berfirman: " buanglah ini semuanya ', Malaikat berkata: " demi kekuasaan Engkau , kami tidak melihat didalamnya melainkan yang baik-baik sahaja'', Selanjutnya Allah berfirman : " Sesungguhnya isinya ini dilakukan bukan kerana Aku dan Aku sesungguhnya tidak akan menerima kecuali apa-apa yang dilaksanakan kerana mencari keredhaanKu."

( HQR Bazzar dan Thabarani, dengan dua sanad , atau diantara para rawinya termasuk perawi Al- Jami' ush shahih )

06 March 2011

Pahala memuji Syukur

Allah berfirman:

" Sekiranya Aku uji salah seorang hamba Ku yang beriman, lalu ia memujiKu atas ujian itu, berilah pahala yang
bersambungan baginya, sebagaimana pahala yang biasa kalian berikan ( atas amal yang mereka lakukan ) "

( HQR Ahmad dan Thabarani dalam kitab Mu'jamnya yang ketiga, dari Abul- Asy"at as Shan' ani ).

05 March 2011

Kesenangan didalam syurga

Firman Allah :
" Untuk hamba-hambaKu yang soleh , Aku sediakan kesenangan-kesenangan yang tak pernah terlihat oleh mata,
tak pernah terdengar oleh telinga, dan tak pernah sedikitpun terlintas di hati manusia."

( HQR Syaikhani, Ahmad, Turmudzi, Ibnu Majah yang bersumber dari Abu Hurairah r.a. dan Thabrani
didalam al-Ausath yang bersumber dari Anas r.a. dan Ibnu Jarir yang bersumber dari Abu Said r.a. dan akhirnya
dari Qatadah sebagai Hadis Mursal ).

04 March 2011

Jalan ke Syurga

Firman Allah:

Sesungguhnya Akulah Allah, tiada tuhan yang sebenarnya berhak diibadahi kecuali Aku. Rahmat ( kasih sayang )-Ku telah mendahului kemurkaan Ku. Barangsiapa yang naik saksi bahawa tiada tuhan yang sebenarnya berhak diibadahi kecuali Allah dan nabi Muhammad adalah hamba dan utusanNya, niscaya ia berhak mendapat syurga.

( HQR ad-Dailami yang bersumber dari ibnu Abbas r.a. )