Search This Blog

27 February 2011

Buat jahat dibalas satu buat baik dibalas sepuluh hingga tujuhratus

Apabila seorang hambaku merencanakan melakukan suatu kejahatan, tapi tidak dilaksanakannya, tuliskan baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakan, maka tuliskanlah baginya satu kejahatan. Jika ia taubat, hapuskanlah ia daripadanya.
Dan apabila seorang hambaku merencanakan melakukan suatu kebajikan, lalu tidak dilaksanakannya maka tuliskanlah baginya satu kebajikan. Tetapi jika dilaksanakannya, tuliskanlah baginya sepuluh ganda hingga tujuhratus ganda.
( H.R. Ibnu Hibban dan Abu Darda r.a.)

26 February 2011

AL QURAN SEBAGAI PENOLONG,DI AKHIRAT NANTI


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

25 February 2011

AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR


AL-QURAN SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT
-
Di dalam Surah Al-Israa’ Ayat 82 Allah (SWT) berfirman “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman kepadanya.” Di dalam Surah Fussilat ayat 44 Allah (SWT) berfirman “Katakan, Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman”. Ini jelas terbukti bahawa semua penyakit yang datang dari Allah, penawarnya ada di dalam Al-Quran, terpulanglah kepada individu untuk mencari dan mengamal ayat-ayat tersebut dan yakin sepenuhnya akan mukjizat Al-Quran.

CONTOH SURAH DAN AYAT PENAWAR- Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya.

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang)

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Selain dari penyakit yang disebut di atas, didapati penyakit seperti SLE, sejenis penyakit buah pinggang (nephronic syndrome, penyakit kulit (psiorasis), sakit sawan (epilepsi) dan sakit tekanan jiwa (depression) boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran.

Di kalangan anak-anak, penyakit yang selalu diubati termasuklah anak-anak yang mengalami penyakit down-syndrome, penyakit "learning disability", penyakit "dyslexic" dan penyakit kronik yang lain.

AYAT AL-QURAN SEBAGAI GANTIAN KEPADA UBAT- Setiap ayat-ayat Al-Quran yang diberikan kepada pesakit untuk mereka amalkan diibaratkan sebagai ubat, dan air yang diminum adalah untuk menyerapkan ayat itu ke dalam badan dan jiwa pesakit itu. Sebagai perumpamaan, tatkala kita sakit demam, kita ambil pil panadol. Pil panadol tersebut adalah ubat dan air yg diminum sewaktu memakannya adalah untuk menyerapkan ubat panadol itu ke dalam badan atau darah kita agar kita beransur sihat. Sama dengan ayat Al-Quran yang dibaca, ia adalah gantian kepada ubat, dan air yg diminum ialah untuk menyerapkan ayat Al-Quran itu ke dalam badan dan jiwa kita.

KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN- Memang benar, perubatan sebegini kadang-kadang tidak ada logiknya dan adakalanya susah untuk diterima oleh akal fikiran manusia. Apatah lagi, bila dianalisakan kaitan sesuatu surah dan ayat-ayat Al-Quran dengan sesuatu jenis penyakit. Apabila dibaca terjemahannya pula, ayat-ayat Al-Quran tersebut tiada menggambarkan kaitan secara langsung dengan penyakit yang dialami. Tapi, inilah kehebatan dan mukjizat Al-Quran!

Sebaliknya, perubatan moden berasaskan kepada logik dan “reasoning”, dan dengan ini lebih mudah diterimapakai oleh para pesakit (seperti macam mana antibiotics dapat menandingi virus atau bakteria yang menjadi punca kepada sesuatu penyakit, atau pain-killer seperti ubat panadol atau ponstan dapat mengurangkan kesakitan seseorang).

Sebagai contoh di dalam Perubatan Syifa' Al-Hidayah ini:

- Surah Kahfi ayat 32 hingga 50 adalah digunakan sebagai ubat tahan sakit atau pain killer. Tetapi bila kita membaca terjemahan ayat tersebut, ia tiada kaitan dengan ubat tahan sakit, ini adalah kehebatan Al Quran.

- Ayat-ayat di dalam surah Al-Anfaal mengandungi banyak hikmah yang menyamai fungsi antibiotik-antibiotik kepada pelbagai penyakit.

- Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 untuk penyakit yang ada kaitan dengan urat saraf (nerve). Kalau dibaca terjemahan ayat tersebut tidak ada kaitan langsung dengan urat saraf.

- Surah An-Nahli - banyak ayat-ayat dalam surah ini yang ada kaitan dengan kekuatan dalaman atau kekuatan sistem daya pertahanan diri (immune system.

- Surah Yassin ayat 72 hingga 83 dan Surah Ar-Rahman ayat 21 hingga 60 adalah ayat penerang hati dan sesuai untuk diamalkan oleh pelajar-pelajar atau anak-anak yang bersekolah.

- Surah Al-Waqiah ayat 36 hingga 74 untuk murah rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan harta kekayaan.

PENYAKIT KRITIKAL (Kanser)- Ramai juga pesakit yang mengidap sakit kanser yang telah sembuh (dengan keizinan dan keberkatan dari Allah SWT) dengan mengamalkan ayat-ayat ini. Ada seorang pesakit yang telah confirm sakit fibroid dalam rahim oleh doktor perubatan dan dapat dilihat fibroidnya melalui x-ray/scan machine tetapi setelah mengamal bacaan ayat-ayat ini, fibroidnya tak ada lagi di dalam rahim dan ini disahkan oleh doktor perubatan melalui x-ray/scan. Ini bukanlah satu 'magic' tetapi ayat-ayat ini dengan sendirinya menghancurkan fibroid itu dan fibroid ini keluar melalui darah haid.

percaya dan amat yakin bahawa penyakit seperti kanser boleh diubati melalui ayat-ayat Al-Quran. Ini telah terbukti di dalam pengalaman mengubati pesakit-pesakit kanser selama lebih kurang 10 tahun, terutama sekali yang menghadapi sakit kanser tahap 1 dan 2 (stage 1 dan stage 2). Dalam perubatan ini, saya juga menggalakkan pesakit kanser berubat secara moden seperti chemotherapy atau radiotherapy, dan disamping itu juga, pesakit membaca ayat-ayat Al-Quran yang saya berikan. Saya sudah kenal pasti ayat-ayat Al-Quran khusus untuk sakit kanser. Pesakit mesti yakin dan perlu berusaha mengamalkan ayat-ayat Al-Quran ini dan juga berdoa agar Allah rahmati dan berkati perubatan ini.

Ayat-ayat dalam surah-surah di dalam Al-Quran yang boleh menjadi penawar kepada penyakit kanser - Surah Ambiyaa, Maidah, Imran, A'raaf, Hud, Yusuf, An-Nahli, Toha, Al-Mukminum, Asy-Syauaraa, Qasas, Al-Fatah, Az-Zumar, Ghafir dan Al-Qamar. Di sebalik ayat-ayat ini ada penawar kepada penyakit kanser.

Hj. Lokman Abdul Hamid
1, Jalan Bestari Indah,
Villa Bestari, Sg. Pusu,
Gombak
Tel: 019 315 93krul's FotoPage - Fotopages.com

24 February 2011

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT:


Abu Umamah r.a. berkata : 'Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al- Quran.'

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.'

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, 'Kenalkah kamu kepadaku?' Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : 'Siapakah kamu?'

Maka berkata Al-Quran : 'Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.'

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : 'Adakah kamu Al- Quran?' Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : 'Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?'

Lalu dijawab : 'Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al- Quran.'"

Rahsia Al-Quran – Surah Al-Qiyamah


Seringkali apabila kita membaca Quran, kita akan menjumpai diri kita seperti dalam sebuah lautan, tidak menyedari ke mana ombak itu membawa kita. Satu benda yang paling penting yang patut difahami apabila kita mendekati Quran ialah ia bukan ditulis dengan lojik akal manusia, tetapi oleh ketentuan Sang Maha Pencipta.
Maulana Maududi, suatu ketika menulis dua perenggan yang pernah saya baca ketika zaman remaja kira-kira 10 tahun dulu yang sering bermain di fikiran saya setiap kali saya membuka Al-Quran.
Si pembaca akan menemui pertukaran tema yang tiba-tiba dengan kerap. Watak penerima dan watak pemberi sentiasa bertukar apabila satu masa ditujukan kepada seseorang dan kemudiannya kepada satu kumpulan manusia. Tidak ada jalur pemisah yang jelas di antara bab dan perenggan. Sama juga, penyampaian tentang suatu perkara sangat berbeza. Jika kisah sejarah dibawa, ceritanya tidak mengikut corak yang biasa dijumpai dalam kisah sejarah. Apabila perbincangan tentang soalan falsafah atau metafizik, kita tidak akan menemui terminologi yang biasa digunakan dalam lojik dan falsafah. Tajuk tentang budaya dan politik atau soalan tentang sosial dan ekonomi manusia dibincangkan dalam corak yang sangat berbeza dari karya biasa dalam sosial sains. Konsep perundangan dan kehakiman diterangkan tetapi berbeza dari karya konvensional. Apabila kita menjumpai pengarahan tentang etika, kita menjumpai ia dalam bentuk yang tidak dapat dijumpai di mana-mana bidang etika.
Si pembaca yang beranggapan bahawa sebagaimana sepatutnya style sebuah buku disusun jika dibandingkan dengan Buku ini, akan berasa sangat confuse sehingga merasakan bahawa Quran adalah satu buku yang rojak, tidak koheren, tidak tersusun, tidak mengandungi apa-apa melainkan perlbagai komen yang dicampuradukkan dengan secara spontan. Kritik liar menggunakan hujah ini sebagai asas kritikan mereka, manakala mereka yang sering menyalah tafsirkan Quran menyimpulkan bahawa Quran adalah hasil yang tidak bersangkut paut antara satu sama lain sehingga memberikan kebebasan untuk ditafsirkan dan menyebabkan ia jauh menyimpang dari maksud asal Allah yang menurunkan kitab ini.

Kemudian Maulana Maududi menulis dalam sebuah buku kecil ini, menjawab dan menerangkan tentang kekusutan persoalan ini dengan menyatakan bahawa kriteria di atas adalah satu manifestasi kehebatan dan kecantikan Al-Quran yang menunjukkan keupayan yang jauh tiada tandingan manusia.Introduction to the Study of the Quran


Sesiapa yang masih belum membaca cara, haruslah membacanya.
Pada kali ini, kita akan menerokai salah satu contoh Quran yang menukar subjek dengan pantas, dan menyaksikan kecantikan yang terselindung dalam rahsia ini. Mari kita lihat Surah Al-Qiyamah:
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
Dia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?”
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
Dan bulan hilang cahayanya,
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): “Ke manakah hendak melarikan diri?”
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
Melihat kepada Tuhannya.
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?”
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
(Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan).
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu – tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)!
Perhatikan ayat 16-19 yang telah saya bold kan. Ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (saw). Dan bila kita melihatnya, kita dapat menyedari bahawa ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan ayat sebelum atau sesudahnya.
Walahubagaimanapun, bila kita membaca tafsir surah Al-Qiyamah, kita sedar bahawa sesuatu yang menakjubkan berlaku di sini. Allah (swt) menceritakan tentang keadaan Hari Pembalasan.

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
Dan Aku bersumpah dengan “Nafsul Lawwaamah” (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
(1-4)
Sungguh Hebat. Sungguh Dasyat! Allah memerintahkan Hari tersebut sebagai objek yang memberi persaksian. Kemudian Allah (swt) memberi hujah kepada orang Kafir, bukan sahaja Dia akan mengumpulkan tulang lalu membangkitkan mereka, malah Dia akan mencorakkan kembali hujung jari mereka, bahagian yang paling unik dalam tubuh manusia – sangat unik sehingga digunakan dalam kes-kes pembicaraan mahkamah. Allah memberi hujah kepada alam cakerawala tentang kehebatannya untuk mengumpulkan sesuatu yang mustahil untuk dikumpulkan, dan membentuknya dan perintahkannya untuk bangkit (perhatikan nama surah ini – Kebangkitan).
Dalam ketika Allah (swt) terus menceritakan tentang kisah Hari tersebut, Dia berhenti di tengah-tengah dan menukar subjek.
Janganlah engkau (wahai Muhammad) – Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu – menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
(16-19)
Kita akan bertanya, kenapa ayat kepada Rasulullah diletakkan di sini? Kenapa dalam keadaan begini? Ini kerana, terdapat suatu fakta tentang bagaimana Rasulullah (saw) pernah menerima wahyu. Mengapa ketika tengah-tengah dalam kelancaran cerita tentang orang kafir berputus harap kepada Allah (swt) pada Hari Pembalasan, Dia dengan tiba-tiba meletakkan satu arahan terus kepada Rasulullah (saw) tentang wahyu dan kemudian tiba-tiba tukar balik kepada cerita tentang Hari Pembalasan. Ini adalah contoh yang ditulis oleh Maulana Maududi menyatakan bahawa Quran adalah tidak koheren.
Untuk memahami hakikat ini, adalah sangat penting untuk mengetahui keadaan bagaimana Rasulullah ketika menerima wahyu. Beliau akan menjadi sangat bimbang dan sangat concern yang Baginda akan terlupa sau ayat, satu perkataan, satu huruf sehingga apabila Jibril (as) menyampaikan wahyu, Rasulullah dengan pantasnya akan mengulangi terus perkataan demi perkataan, untuk menghafalnya dengan cepat. Seperti contoh apabila kita sedang dalam telefon dan kita perlu menghafal satu nombor telefon yang kita perlukan, kita akan cepat-cepat mengulanginya supaya kita dapat menghafalnya. Begitu juga Rasulullah (saw), Baginda akan tergesa-gesa menghafal sejurus selepas Jibril (as) menyampaikan wahyu kepada Baginda.
Menurut tafsir, untuk comfort Rasulullah (saw) tentang hal ini, Allah (swt) berfirman kepada Baginda (saw) – Seperti mana Aku dapat mengumpulkan billion manusia, dan membentuknya sehingga hujung jari mereka demi membangkitkan mereka pada Hari Pembalasan – Aku akan menjaga Al-Quran agar ia terkumpul dan tersemat di hati mu (Rasulullah) sehingga keterangannya menjadi jelas kepadamu. Oleh itu jangan bimbang dan tidak perlu menjadi seperti begini. Akan tetapi, dengar dengan sepenuh perhatian pabila ia diturunkan padamu. Aku berkuasa ke atas mu, untuk mengumpulkan semua makhluk dan manusia, dan sesungguhnya Aku sangat mampu untuk mengumpulkan ayat Ku dalam hati mu. Jangan bimbang dan takut akan kehilangannya.

Kemudian surah ini bersambung pada tempat ia tergantung, dan habiskan cerita tentang keadaan Hari Qiyamat. Alangkah cantiknya Quran. Bagaimana Allah bersikap mendamaikan dan mententeramkan terhadap kekasihNya sehinggakan pada ketika diceritakan kedaan muka-muka yang bergembira disampaikan dengan menakutkan dan seharusnya menyebabkan orang Mu’min itu menggetar kerana ketakutan dan rendah diri.
(note penterjemah – Ayat di atas ini mungkin berbelit, tetapi diterjemah terus, dan mungkin pembaca perlu membaca maksud surah Qiyamah untuk lebih memahami huraian ayat di atas. Wallahua’lam)
Imam Busiri menyatakan dalam Burdahnya:
La haa ma’aanin ka mawj il bahri fi madadin
Wa fawqa jawharihi fil husni wa al qiyami
Padanya (Quran) adalah maksud seperti obak di lautan,
antaranya saling menolong dan membantu ombak yang seterusnya
Maksudnya adalah jauh lebih hebat daripada kecantikan dan kehebatan mutiara di lautan.
Wallahua’lam
Abdul Satar
Rujukan:
Tafhim ul Quran – Maulana Abula Ala Maududi
Ma’riful Quran – Mufti Muhammad Shafi
—————————————————————————————————————-
Nota penterjemah : Entry ini boleh dijumpai dalam tulisan asal di
http://www.suhaibwebb.com/blog/quransciences/secrets-of-the-quran-surah-qiyaamah/
Segala kesilapan dan kekurangan dalam terjemahan harap dapat diberitahu. Wallahua’lam
Rahsia Al-Quran

23 February 2011

MANFAAT MEMBACA AL QURAN





Sebagai wahyu yang Allah turunkan kepada nabi-Nya, tentu al-Qur'an memiliki keutamaan dan keistimewaan tersendiri bagi para pembaca dan penggemarnya. Ayat-ayat al-qur'an yang kita baca sehari-sehari tidak lepas dari karunia Allah untuk setiap muslim yang demikian besar. Karena saking istimewanya al-Qur'an ini dari kitab-kitab samawi lainnya, Allah memberikan tempat istimewa bagi para pecintanya.

Oleh karena bagi anda yang ingin memaksimalkan peran al-Qur'an dalam kehidupan, nampaknya harus lebih banyak lagi mengetahui manfaat dan perannya, terutama untuk kehidupan. Di antara manfaat itu adalah:
1. Ayat-ayat al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberikan motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.

2. Ketika membaca al-Qur'an, Allah akan menegur diri kita pada setiap ayat-ayat-Nya.

3. Bacaan al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan ketenangan yang tidak bisa dilukiskan, seperti yang dialami dan dirasakan oleh Sayyid Quthb Rahimahullah.

4. Orang yang membaca al-Qur'an akan senantiasa ingat Allah dan kembali kepada-Nya.

5. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat Allah meski ia merasakan serba kurang di dunia.

6. Ayat-ayat Alloh akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia, karena ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.

7. Orang yang paham al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.

8. Orang yang membaca al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan, dan mengambil manfaat darinya.

9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat akan diberikan jiwa yang sejuk, hati yang damai dan pikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin selalu beramal, kreatif, inovatif dan produktif.

10. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh harapan, di saat orang lain merasakan kesedihan, kecemasan dan rasa pesimis. Karena diri mereka selalu dipompa dengan siraman ayat-ayat-Nya yang lembut.

11. Orang yang rajin membaca al-Qur'an akan selalu diberikan jalan kemudahan dan petunjuk sehingga tidak mudah untuk menyimpang dan menyerah karena ayat-ayat Allah akan selalu mengingatkan dirinya ketika dirinya 'tersandung dosa dan maksiat.'

12. Orang yang membaca dan menjaga al-Qur'an selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah.
Ayat-ayat al-Qur'an mengajak pembacanya untuk senantiasa berpikir, merenung dan beramal sebanyak-banyaknya.

Dan masih banyak manfaat-manfaat lainnya yang terus update dengan kondisi kehidupan kita...Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu belajar dan meningkatkan diri untuk lebih dekat lagi dengan al-Qur'an...Amiin

wallahu a'lam
Sumber asal-http://www.abatez.co.cc

22 February 2011

10 FAEDAH AL-QUR’AN


KONTRADIKSI DALAM AL-QUR’AN ?!

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ? kalau sekiranya al-Qur’an itu bukan dari sisi Alloh, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya.” (QS. An-Nisa’[4] : 82)
Ayat yang mulia ini menjelaskan bahwa apabila kita merenungi al-Qur’an, niscaya tidak akan kita dapati kontradiksi dalam ayat-ayatnya. Bila sekilas nampaknya ada pertentangan, itu hanyalah karena kurangnya pemahaman kita, maka serahkanlah kepada para ulama Sunnah.
Imam Ibnu Qoyyim al-Jauziyah mengatakan dalam nuniyahnya : 2471-2472 :
Dan nash-nash al-Qur’an itu tidak saling bertentangan
Maka bertanayalah kepada ulama zaman
Kalau engkau mendapati padanya kontradiksi
Maka itu adalah dari kurangnya pemahaman.
Para ulama telah menyebutkan beberapa contoh banyak sekali tentang masalah ini. Di antara kitab yang paling bagus dan mencakup seputar masalah ini adalah “Daf’u Iham Idhthirab an Aayi Kitab” (menolak anggapan kontradiksi Dalam Ayat-Ayat Qur’an) karya syaikh Muhammad Amin asy-Syinqithi1.
HADITS TIDAK ADA ASALNYA
Betapa banyak orang membaca al-Qur’an, sedang al-Qur’an melaknatnya.
TIDAK ADA ASALNYA. Demikian ditegaskan oleh Syaikh al-Albani, sebagaimana diceritakan oleh murid beliau –syaikh Ali bin Hasan al-Halabi hafidzhohulloh- katanya : “Sebagian orang menisbatkan ucapan ini sebagai hadits dari NabiShallallohu’alayhi wa sallam. Saya tidak mendapatinya dalam kitab-kitab yang telah saya buka, kemudian saya bertanya kepada syaikhuna al-Albani tentangnya ? beliau menjawab: “Tidak ada asalnya”. Kemudian saya mendapatkan dalamihya’ 1/274 ucapan ini dinisbatkan kepada Anas tanpa menyandarkan kepada siapa yang mengeluarkannya. (Ta’liq Fatawa Syaltut hal.123)
KAPAN BERTAAWUDZ
Banyak para penceramah ketika akan membaca ayat dalam khutbah atau kajian, dia berkata: ”Alloh ‘Azza wa Jalla berfirman, -lalu bertaawudz- a’udzubillahi minas syaithon nirrojiym (bertuliskan arab pada majalahnya-admin), apakah hal ini dibenarkan?!
Al-Hafizh as-Suyuthi menjawab pertanyaan ini : “Menurutku pendapat yang benar dalam masalah ini sesuai dengan dalil, bahwa hendaknya dia membaca ayat tanpa ta’awudh terlebih dahulu, karena inilah yang dicontohkan oleh Nabi, para sahabat dan tabi’in.
Setelah beliau menyebutkan hadits-hadits dan atsar dalam masalah ini, beliau mengatakan: “Hadits dan atsar tentang hal ini banyak sekali, maka pendapat yang benar ialah cukup membawakan ayat tanpa ta’awudh terlebih dahulu, sebagai bentuk ittiba’(mengikuti) tuntunan Sunnah Rosululloh. Adapun perintahisti’adzah dalam firman Alloh :
“Apabila kamu membaca al-Qur’an, hendaklah kamu meminta perlindungan kepada Alloh dari setan yang terkutuk.” ( QS.an-Nahl[16]: 98 )
Maka maksud perintah ini adalah ketika akan membaca al-Qur’an, adapun mengutip ayat dalam berdalil dan berhujjah maka hal itu tidak masuk dalam ayat tersebut. (al-Qozadzah fi Tahqiqi Mahalli Isti’adzah, sebagaimana dalam al-Hawii lil Fatawi 1/296)
HAFALAN AL-QUR’AN
Al-Khothib al-Baghdadi berkata : “Kisah paling lucu tentang hafalan anak kecil adalah ucapan Ibrohim bin Said al-Jauhari: “Saya mendapati anak kecil berusia empat tahun dibawa kepada Kholifah Ma’mun, dia sudah hafal al-Qur’an dan pintar berdebat, hanya saja kalau sudah lapar maka dia menangis!!”. (al-Kifayah fi Ilmi Riwayah hlm.64)
A’masy rohimahulloh apabila menghafal al-Qur’an, beliau disimak oleh beberapa orang dengan membawa mushaf, namun beliau tidak keliru walaupun hanya satu huruf. (Siyar A’lam Nubala’, adz-Dzahabi 6/235)
SERUAN AR-ROHMAN
Sahabat yang mulia Abdulloh bin Mas’ud radhiyallohu’anhu pernah mengatakan: “Apabila engkau mendapati ayat yang didahului dengan (… Ya ayyuhalladzina amanuw (dalam huruf arab pada majalah-admin)) “Wahai orang-orang beriman …”, maka pasanglah telingamu baik-baik, karena isinya adalah kebaikan yang harus engkau lakukan atau kejelekan yang harus engkau hindari.”
Ayat-ayat dalam al-Qur’an yang didahului seruan tersebut cukup banyak, kurang lebih sembilan puluh ayat. Syaikh Abu Bakar al-Jazairi mengumpulkannya dalam sebuah kitab berjudul “Nid’atur Rohman li Ahli Iman” (Seruan ar-Rohman kepada hamba-hamba-Nya yang beriman”.
Dalam muqoddimahnya, beliau menerangkan bahwa seruan-seruan ini berisi hal-hal penting yang semestinya diketahui oleh seorang muslim agar meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat. Seruan-seruan ini mencakup permasalahan seputar aqidah, ibadah, akhlak, mu’amalah, hukum dan lain sebagainya.
TAFSIR DENGAN ISYARAT
Penafsiran manusia berputar pada tiga metode :
1. Penafsiran secara lafadz, metode ini biasanya di tempuh oleh orang-orang belakangan.
2. Penafsiran secara makna, metode ini biasanya di tempuh oleh para salaf.
3. Penafsiran secara isyarat dan qiyas, metode ini biasanya ditempuh kaum sufi dan selainnya. Hal ini boleh dengan empat syarat.
a. Tidak bertentangan dengan makna ayat.
b. Makna penafsiran tersebut shohih.
c. Adanya indikasi yang mendukung dalam lafadz tersebut.
d. Adanya keterkaitan antara penafsiran tersebut dan makna ayat.
Apabila syarat-syarat ini terpenuhi, maka penafsiran ini bagus. (at-Tibyan fi Aqsamil Qur’an, Ibnul Qoyyim al-Jauziyah hlm. 90)
PEMBACAAN AL-QUR’AN SEBELUM ACARA
Dalam acara-acara, biasanya diawali dengan acara pembukaan ayat-ayat suci al-Qur’an, apakah ini disyari’atkan ?!
Syaikh Muhammad bin sholih al-Utsaimin berkata: “Saya tidak mengetahui adanya Sunnah dari Rosululloh Shallallohu’alayhi wa sallam yang mendukung hal ini. Telah dimaklumi bersama bahwa Nabi Shallallohu’alayhi wa sallam sering mengumpulkan para sahabatnya ketika akan perang atau urusan-urusan penting lainnya, namun saya tidak mendapati bahwa beliau memulai perkumpulan tersebut dengan pembacaan al-Qur’an.
Namun, seandainya acara tersebur berkaitan tentang topik tertentu, lalu ada seorang yang membacakan ayat mengenai topik tersebut, maka hal ini boleh. Adapun menjadikan pembacaan kitab suci al-Qur’an sebagai pembukaan cara terus menerus seakan hal itu adalah sesuatu yang disyari’atkan maka ini tidak selayaknya dilakukan”. (Fatawa Nur ‘ala Darb 2/43)
SEKEDAR PENDAPAT SAJA
Suatu saat ada seorang dating kepada Muqotil bin Sulaiman seraya mengatakan: “Ada orang bertanya kepadaku” ‘Apa warna anjing Ashabul Kahfi?’ Dan saya tidak bias menjawabnya!! Akhirnya, Muqotil mengatakan: ‘Kenapa kamu tidak mengatakan saja bahwa warnanya belang. Seandainya kamu jawab begitu, toh tidak akan ada yang membantah dan memprotesmu’” (Tarikh Baghdad 13/165)
Kisah ini menunjukkan kepada kita bahwa kebanyakan pendapat ahli tafsir tentang perincian-perincian seperti itu hanyalah pendapat semata tanpa hujjah yang akurat. (Lihat al-Aqwal Syadzah fi Tafsir hlm. 67, Syaikhuna Abdurrohman ad-Dahsy).
KUPERSEMBAHKAN AL-FATIHAH
Surat al-Fatihah adalah surat yang memiliki banyak keutamaan. Namun sebagian manusia pada zaman sekarang telah membuat suatu hal baru dalam agama tentang surat ini, mereka menutup doa dengannya dan memulai acara dengan mengatakan “al-Fatihah”!! Maka ini adalah suatu kesalahan, sebab agama itu dibangun diatas dalil dan ittiba’ (mengikuti Nabi)”.
Al-Hafizh as-Sakhawi pernah ditanya tentang kebiasaan manusia usai sholat, mereka membaca al-Fatihah dan menghadiahkannya kepada kaum muslimin yang hidup dan mati, beliau menjawab: “Cara seperti itu tidak ada contohnya, bahkan ini termasuk kebid’ahan dalam agama”. (Al-Ajwibah al-Mardhiyyah2/721)
HORMATILAH AL-QUR’AN
Al-Qur’an adalah Kalamulloh, maka wajib bagi kita untuk menghormati, ada beberapa hal yang perlu diingatkan pada kesempatan ini:
1. Menjadikan Al-Qur’an suara dering tunggu di HP
Sungguh, hal ini termasuk kurang adab terhadap al-Qur’an, karena al-Qur’an tidak diturunkan untuk hal ini. Bagaimana bila hp berdering ditempat yang tidak layak?!
Banyak para ulama yang telah mengingatkan masalah ini, diantaranya adalah syaikh Ibnu Utsaimin sebagaimana dalam Min Fawa’idi Syarah Riyadhus Sholihinhlm. 221, Syaikh Bakr Abu zaid dalam Adabul Hathif, Syaikh Sholih al-Fauzan dalam Muhadhoroh-nya di Jami’ Ibnu Utsaimin 28/Robi’ul Awal 1427 H, dan lain sebagainya2.
2. Menyetel Kaset Murotal saat Walimah/acara
Di satu sisi, kita bersyukur banyak orang tidak lagi mnyetel music dan nyanyian saat walimah/acara, namun apakah menggantinya dengan murottal al-Qur’an adalah solusi yang baik?! Kita harus ingat bahwa saat itu banyak orang tidak mendengarkan lantunan al-Qur’an. Padahal Alloh ‘Azza wa Jalla berfirman :
“Dan apabila dibacakan al-Qur’an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” (QS. Al-A’rof[7]: 204)
Dengan demikian, maka tidak boleh menyetel murottal pada suatu kaum yang tidak mendengarkannya. Sebagai gantinya, kita bias menyetel kaset yag berisi kata-kata hikmah, nasyid, syair, atau mandhumah kitab, atau diisi dengan acara-acara yang bermanfaat lainnya.3
3. Meletakkan lembaran-lembaran berisi al-Qur’an sembarangan
Kita masih sering menjumpai sebagian saudara-saudara kita tidak hati-hati dalam meletakkan kertas-kertas yang ada ayat al-Qur’annya. Terkadang mereka membiarkannya berserakan, menggunakannya untuk bungkus bumbu atau makanan, alas duduk dan semisalnya, -wal ‘iyadzu billah-, semua ini adalah bentuk kurang adab terhadap al-Qur’an. Jika memang kertas (majalah, buku, catatan dll) tersebut sudah tidak dipakai sebaiknya kita memendamnya ditempat yang suci, atau membakarnya sebagai penjagaan dari segala pelecehan sebagaimana dilakukan oleh khalifah Utsman bin Affan. (Lihat Fatawa Lajnah Daimah 3/138 )
Footnote :
1 Syaikh al-Fadhil Masyhur bin Hasan berkomentar tentangnya: “Kitab ini sangat bagus sekali”. (at-Tahqiqat wa Tanqihat As-Salafiyyat Ala Matan Waraqat hal.391)
2 Sekitar lima bulan yang lalu, saya mendengarkan kabar lewat sebuah stasiun di Saudi Arabia bahwa Mujamma’ Fiqih (lembaga akademi fiqih Islam) dalam sidang mereka yang terakhir membahas beberapa hal, salah satunya adalah masalah ini dan mereka menegaskan tidak bolehnya al-Qur’an dijadikan sebagai nada dering tunggu HP.
3 Demikian faedah dari kedua Syaikh pemulis ; Sami bin Muhammad dan Abdurrohman ad-Dahsy (Keduanya murid Syaikh Ibnu Utsaimin), ketika penulis tanyakan kepada mereka berdua via sms.

(Diambil dari Majalah AL-FURQON Edisi 10, tahun ke-7 1429 H. hlm. 59-61)