Search This Blog

25 October 2010


ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
 (Dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 48


فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
 Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 50


فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
 Pada kedua syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 52


مُتَّكِئِينَ عَلَى فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ وَجَنَى الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
 Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 54


فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
 Di dalam syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 56


وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
 Dan selain dari dua syurga itu, dua syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 62


فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
 Dalam kedua-dua syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 66


فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
 Dalam kedua-dua syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 70


مُتَّكِئِينَ عَلَى رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ
 Penduduk syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 76


فِي جَنَّاتِ النَّعِيمِ
 (Tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.
 Surah Al-Waaqi'ah, Ayat 12


15 16 17 18 19 20 >> Akhir



وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ
 Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).
 Surah Qaaf, Ayat 31


ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ
 (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".
 Surah Qaaf, Ayat 34


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
 Surah Adz-Dzaariyaat, Ayat 15


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ
 Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, di tempatkan dalam taman-taman syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).
 Surah At-Tuur, Ayat 17


وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ
 Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
 Surah At-Tuur, Ayat 21


وَأَمْدَدْنَاهُم بِفَاكِهَةٍ وَلَحْمٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
 Dan (penduduk syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini.
 Surah At-Tuur, Ayat 22


يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأْساً لَّا لَغْوٌ فِيهَا وَلَا تَأْثِيمٌ
 Mereka di dalam syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain): berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.
 Surah At-Tuur, Ayat 23


عِندَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَى
 Yang di sisinya terletak syurga "Jannatul-Makwa".
 Surah An-Najm, Ayat 15


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَهَرٍ
 Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman syurga (yang indah) dan (dekat) beberapa sungai,
 Surah Al-Qamar, Ayat 54


وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
 Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga, -
 Surah Ar-Rahmaan, Ayat 46

14 15 16 17 18 19 20 >> Akhir



فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
 Ia itu di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya,
 Surah Ad-Dukhaan, Ayat 52


يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ آمِنِينَ
 Mereka meminta - di dalam syurga itu - tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa.
 Surah Ad-Dukhaan, Ayat 55


لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَى وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
 Mereka tidak merasai kematian dalam syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka;
 Surah Ad-Dukhaan, Ayat 56


أُوْلَئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاء بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
 Merekalah ahli syurga, tetap kekallah mereka di dalamnya, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
 Surah Al-Ahqaaf, Ayat 14


أُوْلَئِكَ الَّذِينَ نَتَقَبَّلُ عَنْهُمْ أَحْسَنَ مَا عَمِلُوا وَنَتَجاوَزُ عَن سَيِّئَاتِهِمْ فِي أَصْحَابِ الْجَنَّةِ وَعْدَ الصِّدْقِ الَّذِي كَانُوا يُوعَدُونَ
 Mereka (yang bersifat dengan sifat-sifat yang terpuji seperti itu) ialah orang-orang yang Kami terima dari mereka amalnya yang baik yang mereka telah kerjakan, dan Kami ampunkan kesalahan-kesalahannya; (mereka akan dimasukkan) dalam kumpulan ahli syurga, sebagai memenuhi janji yang benar, yang telah dijanjikan kepada mereka.
 Surah Al-Ahqaaf, Ayat 16


وَيُدْخِلُهُمُ الْجَنَّةَ عَرَّفَهَا لَهُمْ
 Serta memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah dijanjikan dan diterangkan sifat-sifatnya kepada mereka.
 Surah Muhamad, Ayat 6


إِنَّ اللَّهَ يُدْخِلُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يَتَمَتَّعُونَ وَيَأْكُلُونَ كَمَا تَأْكُلُ الْأَنْعَامُ وَالنَّارُ مَثْوًى لَّهُمْ
 Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal-amal yang soleh - ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
 Surah Muhamad, Ayat 12


مَثَلُ الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ فِيهَا أَنْهَارٌ مِّن مَّاء غَيْرِ آسِنٍ وَأَنْهَارٌ مِن لَّبَنٍ لَّمْ يَتَغَيَّرْ طَعْمُهُ وَأَنْهَارٌ مِّنْ خَمْرٍ لَّذَّةٍ لِّلشَّارِبِينَ وَأَنْهَارٌ مِّنْ عَسَلٍ مُّصَفًّى وَلَهُمْ فِيهَا مِن كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَمَغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ كَمَنْ هُوَ خَالِدٌ فِي النَّارِ وَسُقُوا مَاء حَمِيماً فَقَطَّعَ أَمْعَاءهُمْ
 Sifat syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)!
 Surah Muhamad, Ayat 15


لِيُدْخِلَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَيُكَفِّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَكَانَ ذَلِكَ عِندَ اللَّهِ فَوْزاً عَظِيماً
 (Allah melakukan yang demikian) supaya ia memasukkan orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan - ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dengan keadaan kekal mereka di dalamnya, serta menghapuskan dosa-dosa mereka; dan adalah yang demikian itu pada sisi Allah merupakan kejayaan yang besar (untuk mereka);
 Surah Al-Fath, Ayat 5


لَيْسَ عَلَى الْأَعْمَى حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْأَعْرَجِ حَرَجٌ وَلَا عَلَى الْمَرِيضِ حَرَجٌ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَن يَتَوَلَّ يُعَذِّبْهُ عَذَاباً أَلِيماً
 Tidaklah menjadi salah kepada orang buta, dan tidaklah menjadi salah kepada orang tempang, dan tidaklah menjadi salah kepada orang sakit (tidak turut berperang, kerana masing-masing ada uzurnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkanNya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan sesiapa yang berpaling ingkar, akan diseksaNya dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
 Surah Al-Fath, Ayat 17

 13 14 15 16 17 18 19 20 >> Akhir